Tuesday, February 28, 2012

nafsu

dalam diri kita ni, ada pelbgai nafsu.

kalau perempuan, dikatakan ada 9 nafsu? betul tak?

berbanding dengan lelaki,ada satu je nafsu,

Monday, February 27, 2012

esok kerja

yeay.....

besok kerja...korang belum tido lagi?

update blog?
tengok movie?
layan music?

or apa-apa saja yang korang buat, mulakan dengan langkah kanan dulu ya...semoga murah rezeki selalu..


guud nite.

Saturday, February 25, 2012

coretan hari minggu

"hujan panas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"


walau kemana pun mu gi, tanah tumpah darah air mu mesti ingat jua, pesan datuk nenek, jangan lupa asal usul.
dari tanah kamu tercipta, kepada tanah kamu kembali, ingat!!.

walau pun sekaya mana kamu, jangan sombong, ingat orang-orang dibawah, jangan ego, sentiasa rendah diri itu amalan mulia.

Thursday, February 23, 2012

lebih senang

cek

Wednesday, February 22, 2012

apple vs samsung



hasil yang aku dapat selepas shopping beberapa hari yang lepas

Monday, February 20, 2012

takde yang touching selepas "maladroit"

 nah...tampalan lirik lagu weezer disini...


gothic flavor
how i miss you
if i only
once could
kiss you

i'd be happy
for one moment
of my lifetime
i'd be there

and the water
running over
me is growing
ever colder

make me happy
for one moment
of my lifetime
i'd be there

make me happy
for one moment
of my lifetime
i'd be there

Sunday, February 19, 2012

REGIME CHANGE

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka. 2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.


4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan. 5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

 sumber: chedet.com

cuti-cuti

kerja dari hari isnin hinggalah ke hari sabtu, 6 hari seminggu buat aku rasa malas nak pegi mana-mana, bukan apa, satu hari free, rasa nak rileks aja lah kan, kecualilah jika ada cuti rotation sabtu skali skala boleh jugak aku pegi jalan-jalan ke, balik kampung ke.

tinggal lagi sebulan masa untuk wife ku menghabiskan sisa-sisa cutinya, al maklumlah, orang bersalin, cuti bersalin dapat 2 bulan, kalau gomen, dapatlah 3 bulan, ramai yang cakap, cuti lama-lama, last-last lupa nk masuk keje n keje sebagai suri rumah je pas tu.


bersambung..............


Wednesday, February 15, 2012

berdikari

korang tau tak apa itu maksud berdikari?

ada yang cakap, berdikari tu berdiri di atas kaki sendiri.

yang menjadi masalah kat sini, dah besar-besar masih lagi tak pandai nak berdikari.

Thursday, February 9, 2012

laptop computer

terasa macam nak tambah lagi satu laptop la pulak:

dalam kepala, satu untuk travel, satu nak letak kat rumah je diam2, ramai yang suka guna PC je untuk letak kat rumah, sebabnya, satu, murah.

dan lagi satu, kalau guna laptop, jimat ruang.
kan?

Add caption



avanger

terbaik lah movie ni...
semua character ada, ni untuk peminat-peminat komik marvel, jangan ketinggalan untuk kita sama-sama memeriahakn pawagam nanti yer.


ada iron man, ada captain america, ada thor, m mcm-macam lagi.




jom layan trailer.

Wednesday, February 8, 2012

review....


Tuesday, February 7, 2012

cuti 3: thaipusam day

selangor cuti lagi nampaknya hari ini, dan pada sesetiap kali 'public holiday' serta kena pada harinya, maka berpusu-pusulah orang ramai balik ke Kampung.

ini adalah peluang, dan peluang yang jarang-jarang dapat ni, termasuklah aku, tidak akan dilepaskan begitu sahaja, maklum sajalah dengan cuti yang susah nak dapat dan kalau boleh disuruh kerja 7 hari seminggu.

itu pada boss lah, kalau pada pekerja, cuti itu mesti, kadang-kadang perlukan cuti, minta sajalah, diluluskan atau tak itu terpulang.


ni pun aku saja gatal-gatal tangan hendak menulis, hari yang lepas aku tulis pasal cuti, cuti 2 dan kali ni, cuti 3, banyak tulisan berkisarkan cuti saja di Malaysia ni kan. bukan tak suka cuti, tapi cukup sinonim dengan warga kita, ada yang masuk kerja 1st day, terus tengok kalendar bila cuti.


tak sakit ke diaorang nih?

hari ni cuti sempena taipusam, seperti biasa, orang ramai akan memenuhi gua batu Cave, untuk bersembahyang (bagi kaum india), manakala yang cucuk-cucuk badan dengan besi tu adakah satu ritual pemujaan? atau untuk buang segala dosa lampau?




weeding photography

tanjung lumpur

Monday, February 6, 2012

cuti 2

edisi cuti kali ini memang best kan, tapi, jika dibandingkan dengan minggu lepas, bilangan harinya tetap sama, cuma yang berbeza adalah "hari".

ok, diwaktu masa terluang inilah seronok untuk update laman sesawang ni, kalau tak, konfem berhabuk.

dan disamping itu, pada tarikh 18.1.2012 aku telah mendapat title baru, iaitu bapa, rasa macam tak percaya pun ada, tapi dah menjadi lumrah kita sebagai manusia, bila umur makin bertambah, keluarga pun makin meningkat dan tanggungjawab pun bertambah luas, generasi juga juga semakin berkembang dan berkembang.

sekali sekala aku balik ke rumah mentua aku untuk menjenguk isteri yang sedang berpantang dan juga anak yang masih kecil.

bila habis tempoh berpantang nanti, insyaallah akan balik ke KL semula.

alhamdulillah, pengasuh pun dah ada, jadi tidak lah kelam kabut hendak mencari nanti, cuma nak bagi bayi biasakan diri dengan orang "baru", kenelah balik lebih awal sedikit nanti.


sedar tak sedar, kelmarin 5.2.2012, genap sudah setahun tarikh perkahwinan aku.

[update ] mahu meraih pendapatan lumayan dengan google adsense?

yeah, apa kabar kawan-kawan blogger semua?

sekarang ni aku nak bercerita kat korang pasal google adsense nih, nufnang jangan marah yer, tak ada niat untuk menduakan nuffnang sebab nuffnang pun banyak membantu.



okey, jom balik kepada cerita adsense ni, google adsense ni sebenarnya sama juga dengan nuffnang, cuma dia dikendalikan sepenuhnya oleh google, konsepnya adalah PPC, iaitu pay per click, setiap yang korang klik pada iklan tersebut akan dibayar oleh google bergantung kepada jenis iklan tersebut, dan kadarnya berbeza-beza di antara iklan yang terdapat didalamnya.

ada yang dibayar 0.20$usd setiap iklan, bayangkan kalau 10orang yang klik iklan adsense dalam blog korang setiap hari, lumayan kan?.

tapi, nak memahami bagaimana dan caranya kendalikan google adsense ni perlulah sedikit pengetahuan, dan ada pembelajaran, pelajarannya adalah mudah, Macam ABC, dan aku boleh ajar (kalau korang mahu).

adsense ni tak semua orang tahu, ada yang tahu tapi tak mahu berkongsi tutorial, tapi aku kat sini nak berkongsi sedikit dengan korang google adsense plus google adword, menarik tak?

kalau mahu, boleh tinggalkan komen dibawah ini dan juga email, bagi senang untuk aku hantarkan tutorial yang senang ni kepada korang.

kalau aku nak charge korang sedikit boleh?
tak mahal, hanya RM5.00 ringgit sahaja.

step pertama:
1.bank-in kan duit kopi kedalam akaun aku.

step kedua;
2.emailkan bukti pembayaran ke azwanfelda@gmail.com

step ketiga:
3.aku akan hantarkan terus tutorial ke alamat email korang.

#siapa cepat dia dapat#



Sunday, February 5, 2012

cuti lagi..

negara kita sememangnya terkenal dengan cuti yang banyak, ada pelbagai cuti, dan dalam musim cuti ni, ramailah yang tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan, ahli keluarga, pergi dating, ulangkaji pelajaran dan ada jugak yang tidak mendapat cuti, takpe, lain kali apply lebih awal sikit.

aku pula, bila dapat cuti, takkan melepaskan peluang, sebab aku punya kerja kat company ni memang susah nak cuti, maklumlah, bila kerja dengan syarikat korea ni, orangnya terkenal dengan siakp yang kaut kerja, jatuh tempat no 2 didunia selepas china, kuat tak?

tapi cara kerja agak kelam kabut dan sentiasa tidak tetap pendirian, jika berbalik pada zaman dahulu, negara korea ni lebih mundur berbanding malaysia, mengapa begitu? mestilah disebabkan oleh peperangan, itu sebab diaorang mundur, perang saudara lagi, dan sekarang ada dua korea, nasib baik malaysia masih lagi 1MALAYSIA, walaupun berbilang-bilang kaum.

aku harap rakyat malaysia tidak lah bodoh, dan jangan lah bergaduh disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza, kita yang rugi, ahli politik tidak rugi pun. korang tahu?

kalau kita pergi ke indonesia, terutama di kota jakarta, mesti penuh sesak.

Wednesday, February 1, 2012

berbagai perangai

berurusan dengan manusia ni, kenela sabar, bermacam-macam perangai diaorang.

kalau tak sabar, susah la kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...