Showing posts with label bank negara malaysia. Show all posts
Showing posts with label bank negara malaysia. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

cuti lagi..

negara kita sememangnya terkenal dengan cuti yang banyak, ada pelbagai cuti, dan dalam musim cuti ni, ramailah yang tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan, ahli keluarga, pergi dating, ulangkaji pelajaran dan ada jugak yang tidak mendapat cuti, takpe, lain kali apply lebih awal sikit.

aku pula, bila dapat cuti, takkan melepaskan peluang, sebab aku punya kerja kat company ni memang susah nak cuti, maklumlah, bila kerja dengan syarikat korea ni, orangnya terkenal dengan siakp yang kaut kerja, jatuh tempat no 2 didunia selepas china, kuat tak?

tapi cara kerja agak kelam kabut dan sentiasa tidak tetap pendirian, jika berbalik pada zaman dahulu, negara korea ni lebih mundur berbanding malaysia, mengapa begitu? mestilah disebabkan oleh peperangan, itu sebab diaorang mundur, perang saudara lagi, dan sekarang ada dua korea, nasib baik malaysia masih lagi 1MALAYSIA, walaupun berbilang-bilang kaum.

aku harap rakyat malaysia tidak lah bodoh, dan jangan lah bergaduh disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza, kita yang rugi, ahli politik tidak rugi pun. korang tahu?

kalau kita pergi ke indonesia, terutama di kota jakarta, mesti penuh sesak.

Tuesday, December 27, 2011

bahaya peminta Bantuan Rakyat 1 Malaysia

~~BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS~~~

ini lagi satu, memang betul2 terkena bagi yang tak tahu menahu dan jugak tidak membaca isi-isi kandungan tentang pembahagian duit 500 ringgit sorang bagi yang pendapatannya kurang 3ribu.

bunyinya best kan, tapi jika seseorang yang sebelum ni pernah bertukar kerja dan jugak gajinya sebelum nih melebihi tahap yang ditetapkan untuk membayar cukai, jangan terkejut jika selepas disuruh bayar jumlah cukai yang tidak pernah dibayar sebelum ini.

lebih elok jika tidak liat untuk membayar cukai walaupun hati asyik nak menyalahkan orang lain.

bagi korang yang dah memgisi borang BR1M itu, cuba semak diri sendiri adakah sebelum ni pernah membayar cukai ataupun pernah bertukar kerja, yang mana kerja sebelum ni gajinya melebihi dari apa yang sekarang.






Wednesday, June 15, 2011

KERAJAAN BLOK, KITA HACK

baca tajuk diatas kawan2, amacam? ganas tak bunyinyer..huhu, then kalau xkene dengan orang, nt diaorang akan cakap, tulis berdentum-dentum, bila berdepan katup sepi..hoho.


aku semakin tak faham dengan dasar-dasar kerajaan ni, dulu melaung-laungkan dasar kebebasan media, kebebasan internet, dan tak akan menyekat laman-laman web yang memberikan rakyatnya info melainkan PORNO.

aku kurang pasti kenapa kerajaan mengekat akses laman web download nie, padahal banyak lagi yang kerajaan perlu menyekat daripada di akses oleh kita, seperti laman-laman porno yang berleluasa.

bagi aku, elok juga ada yang hack laman web kerajaan, baru dia tahu sikit yang memang orang bengang dengan tindakan seperti itu, tapi, seperti yang kita tahu, mungkin nie lah kot salah satu action seperti yang di laungkan "transformasi kerajaan".

kenapa sekat? kenapa sekat?, adakah disebabkan namanya LANUN

pesanan kepada hackers sekelian, teruskan usaha anda.

lihat screenshot lamanweb yang tlh disekat itu:




 "menyokong, mane yang baik dan membantah mana yang tidak baik"

Wednesday, April 27, 2011

Cara mengenali emel PHISHING


Mula-mula, emel berbentuk begini akan dihantar secara rawak kepada semua orang, kalau terima emel2 mcm ni, terus delete ya….
1st skali…emelnya mcm nie…
CONTOH EMEL PHISHING YANG DIHANTAR


1.Dan apabila anda klik pada verify your accounts akan keluar link pada address mcm nie  (http://lap-rap.com/EDM/www.maybank2u.com.my/mbbPortalAccess.do.html
Macammana nak tahu address tu betul @ tidak?
2.Sebenarnya, website MAYBANK  ialah http://www. maybank2u.com.my
Selepas klik pada link yang no 1 tadi, akan keluar paparan mcm ni pula

LINK SUSULAN YANG SUDAH DI"BLOCK"


OPSSSS!!!... sudah tak boleh masuk, ni mungkin sbb pihak maybank sudah dapat kesan,
Biasanya emel phishing yang berkaitan internet banking ni hanya akan bertahan sehari je, sbb diaorang tahu link tu mudah dikesan. Oleh itu, mereka akan sentiasa menukar link bagi memastikan kegiatan diaorang tidak akan dapat dikesan dan juga supaya tidak tertangkap.
So, kene beringat-ringatlah kita ketika sedang melayari internet, supaya tidak menjadi mangsa penipuan oleh sindiket macam ini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...