Sunday, July 31, 2011

tandas cangkung dan tandas duduk

 disempena nak menyambut Ramadan al-mubarak ni...

hari ni aku nak survey korang sume,


antara tandas cangkung ngn tandas duduk...yang mane korang lagi suka dan selesa?






Saturday, July 30, 2011

nevermind!!

dah besar rupanya budak nie....


gaya bila dah besar

tu lah dia, si baby dalam cover album "nirvana".
yang pasti, sejak dapat publisiti dalam media, budak nih memang akan femes, sefemes "nirvana" kot.

siapa sangka kan? bak kata pepatah, "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu".


spencer elden
cute tak?

Friday, July 29, 2011

pengalaman dengan samsung

salam semua kawan-kawan....

selamat berpuasa diucapkan kepada pembaca belog ini.

entri kali aku nak tulis sempena hari lastday aku bekerja dengan company Samsung ni.

korang semua mesti tahu jenama nih kan, siapa yang tidak tergila-gilakan produk terbaru samsung sekarang?
dengan galaxy tab nya, TV SMART nya, dan pelbagai lagi produknya yang boleh dikatakan sentiasa up to date

Thursday, July 28, 2011

puasa dalam keadaan junub

soalan:

jika suami isteri melakukan hubungan kelamin lalu tertidur hingga terbit fajar,
bagaimana dengan puasa mereka pada hari itu?

insan, gombak, Selangor

jawapan:

Puasa mereka tetap sah, apabila sedar, hendaklah mereka Mandi Wajib, mendirikan solat Subuh dan meneruskan puasa seperti biasa, ini merujuk kepada Sunnah Rasulullah sendiri yang pernah melakukan hubungan dengan Isteri Baginda di malam Ramadhan dan hanya Mandi Wajib sesudah terbitnya fajar  {Shahih al-bukhari}, no; 1925, 1926}

Wednesday, July 27, 2011

ketagih facebook

Marah jika tak guna internet

NEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah.

Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain.
Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post.



“Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak,” kata
firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online.

Menurut kajian itu, 53 peratus daripada 1,000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet.
Kajian itu juga mendapati, 40 peratus responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online.
Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, satu pertiga ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80 peratus kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. – Agensi

sumber dari berita harian

Tuesday, July 26, 2011

story about extremely christian in norway

selama nih barat asyik melabelkan puak-puak extreme lahir dari orang-orang islam sehingga ada yang menjadi takut dengan umat islam diseluruh dunia dan tercetusnya "islamophobia".

perkara ini mula menular sejak daripada kesan 11 september "ciptaan" yahudi sendiri.

kita semua tahu bahawa amerika celup yahudi begitu "anti" kan Islam, sehingga mencipta pelbagai propaganda-propaganda yang bertujuan untuk menyekat perkembangan Islam yang begitu pesat di seluruh dunia.

Monday, July 25, 2011

lagu hitz

boleh tahan jugak lagu nih.....

hospital tengku ampuan afzan

Sunday, July 24, 2011

karenah birokrasi di hospital kerajaan

masih adakah karenah birokrasi do hospital kerajaan.



perkara nih terjadi bila mana pesakit yang telah disyaki denggi disuruh balik walaupun bacaan telah menunjukkan 65 kebawah, dan disuruh datang keesokkan hari.

kenapa doktor melayan sedemikian rupa, tidak mengambil kira faktor usia pesakit yang boleh dikatakan sudah berada di usia emas.

sepatutnya sudah ditahan ke ward untuk tindakan susulan.

Saturday, July 23, 2011

blogger sekalian...BEWARE

hati-hati dengan virus terbaru yang di attach pada inbox @ chatbox fb.

kesannya jika klik:

1.password & data akan dicuri.

2.pc @ laptop akan terus kelam dan padam, kene reformat semula.


pS: walausepower-power anti virus yang korang guna, jika discan selepas korang klik effected file, sama macam korang tidak install apa2 antivirus pada pc.

Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.


Huraian Hadith: 
 
i) Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
 
Ii) Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akan berlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
 
iii) Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.

Friday, July 22, 2011

AIR MINUMAN MALTA

sekarang nih kecoh-kecoh pulak pasal isu air malta nie @ babrican malta.


dan air ini dibuat dengan bersumberkan MALT@.

ada cerita yang aku nak kongsikan kat sini.
2 3 tahun lepas, aku ada la terbeli air malta nih, dahaga punya pasal, main capai jer,

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Thursday, July 21, 2011

metered earning & buffering earning

thanks nuffnang!!

dua bonus

Wednesday, July 20, 2011

Kepentingan Menjaga Solat

Hadith: 
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.  
 
 
 
Huraian Hadith: 
 
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Tuesday, July 19, 2011

covered album....hollywood artist!!

ramai yang tergilakannya dulu...tapi sayang....uhuk uhuk...


band

boyband bak cendawan

smooth criminal cetus fenomena

before suck it and see

after she divorce

big bang theory best!!

yang ni aku rasa dah lagenda

never give up!!

now....3?

palm tree....

incubus live in malaysia 2011

macam sonic pun ade







new 2011

Monday, July 18, 2011

aktiviti hari di hujung minggu

tengok keadaan rumah baru



camne lereng bukit nie? selamat ke x?


gerai sekolah

budak ni baru belajar buat kebab

ada gaya.....


pisang sadur coklat..:)

@kunang-kunang restoran
tomyam

Sunday, July 17, 2011

DEMONSTRASI

 
1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Saturday, July 16, 2011

apabila bakal bapa menulis.....

artikel ni adalah untuk menulis tentang satu permasalahan yang membelenggu dalam diri ini untuk sekian lamanya..

dapat kita menjelaskan bahawa dalam setiap insan..tidak kita lupa bahawa ayah adalah sorang yang mempnyai tanggungjawab yang besar kepada dirinya, keluarganya, dan kepada isterinya...

tetapi, kene juga ingat pabila telah mempunyai anak, suami hendaklah mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan juga perlu bertegas dalam setiap apa yang perlu ditegaskan.

menjaga anak tidak semudah menjaga anak burung.

dalam mendidik anak-anak, perlukah kita;

1.memukul anak dengan rotan?

2.membuat muka bengis jika anak degil?

3.tidak terlalu manjakan anak?

4.tidak terlalu melayan kehendak anak?

dan macam-macam lagi....
sekarang ni, dalam era milenium, jika anak dirotan cikgu, ibu bapa pula yang masuk campur, mungkin itu salah satu punca anak menjadi nakal kot.

dan juga kurangnya didikan agama yang secukupnya.

dan aku juga terdengar, kalau anak dari kecil lagi sudah di ajar minum susu ibunya, anak mudah mendengar cakap ibu...betul ke ibu-ibu diluar sana?

Thursday, July 14, 2011

OAG REMBAT music "THE CURE"

 cuba korang dengar.....sama kan musik dalam 2 2 video klip tu...



boy don't cry



generasiku




musik yang sama.....*peace*

Wednesday, July 13, 2011

selamat malam semua

selamat malam....

sweet dream...:)

MACAM-MACAM

IDEALOGI POLITIK BERBEZA-BEZA MENYEBABKAN KAUM MELAYU BERPECAH PECAH....cuba halusi.....

Monday, July 11, 2011

BERSIH around the WORLD VERSION 2.0

BERSIH DI OTTAWA


wrong T-SHIRT

YES-NO-STOP-BERSIH



apsal mat saleh tu pandang jer



MEMBERI ARAHAN?


Sunday, July 10, 2011

DAJAL, ISRAEL, TRANSFORMERS & LINKIN PARK

perhatikan video ni betul-betul:

bermula dengan gambar orang memakai tudung...
robot bermata satu, perluasan PETA (aku rasa peta yahudi kot)

dan juga lambang bintang bendera yahudi.

aku rasa, video dan cerita transformer kali ni penuh dengan propaganda yahudi, tapi aku tak begitu hairan, sebab producer dia pun steven speilberg si yahudi tuh.

pengalaman paling ngetop 2011

berderau darah aku, rasa macam tak bermakna dah hidup nie & rasa macam dilahirkan semula...
begitulah perasaan aku masa tuh..

kisahnya disebabkan kejadian di tempat nie...

dup..dup..dup...

tempat berlakunya

......menunjukkan tempat dimana dompet aku tertinggal, dalam masa sejam kemudian baru teringat...
sedang dalam fikiran peluang tuk dapatkannya kembali memang payah dah, lagipun sekarang nie, dah tak ramai orang yang baik hati.

ini jugak disebabkan kelalaian aku sendiri...huhu.


disebabkan asyik tengok bende dibawah nih:

indoor ads
kalau duduk dalam tandas tu, jaga elok-eloklah barangan penting korang, jangan sampai tertinggal.

sekali tertinggal, putih mata lah korang.

Saturday, July 9, 2011

pengalaman ngeri aku

warm-up jap.......

Friday, July 8, 2011

Aku anti-DEMONSTRASI, AN-WAR dan BERSIH

anwar dengan perhimpunan jalanan ini tidak dapat dipisahkan.


macam-macam diaorang boleh cakap, tidak bersangkut paut dengan politik la, tiada unsur jahat la.
hakikatnya mereka ni ada agenda lain supaya dapat memerintah malaysia.


kita sebagai rakyat jangan jadi tertipu dengan hasutan-hasutan puak-puak mereka yang terdiri dari 3 kelompok iaitu PAS,DAP,PKR.


anwar ni dia cakap pandai, karisma dia lebih kearah percakapan, semangat, hasutan. tapi penuh dengan unsur-unsur dendam.

please lah, jangan menghuru-harakan Malaysia nih.
demonstrasi jalanan ni bagi aku macam orang yang takde tamadun, terpekik-lolong.
orang luar tengok pun rasa jelik, rasa nak datang malaysia dah tak selamat dah.

dan yang paling teruk, aku rasa bila time mengerahkan rakyat.
ramai yang akan datang dari ceruk2 kampung untuk join perhimpunan nih.
DAN LEPAS TUH, APA YANG RAKYAT AKAN DAPAT?

sure ke diaorang akan bagi korang peluang hidup yang lebih cerah?
*POLITIK TETAP POLITIK*
menjanjikan bulan dan bintang adalah sekadar janji.

bersyukurlah dengan apa yang sedia ada.
negara dah aman makmur dah, mana boleh nak samakan dengan negara-negara asia Barat.

kenapa last minit???

ramadan dah dekat......

Thursday, July 7, 2011

12 barisan di AKHIRAT

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18
 
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-
 
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya
, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
 
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
 
Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang
enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang
berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
 
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka
takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu
, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
 
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas "Mereka adalah orang
yang
berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang
makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
 
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang
derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
 
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih...
" Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.

Wednesday, July 6, 2011

huru hara kotor

 haih....baru bercadang hendak ke KL 9hb nt, tiba-tiba terlintas dalam kepala satu demonstrasi jalanan anjuran ambiga n konco-konconya.

komen aku:
1.menyusahkan orang ramai.
2.perangai macam apa ntah, terpekik2 tgh jalan.
3.rata-rata bangsa melayu yang banyak terlibat dalam benda ni.


logo semata-mata



SAY NO TO BERSIH (bersih la konon, nih la kerjanya, menggunakan rakyat membuat demonstrasi jalanan).

lebih banyak kekotoran yang timbul dari BERSIH.

orang-orang yang terlibat dapat apa?

siapa yang untung dalam politik kotor ni?

aku bukan nak sokong sesiapa, tapi meluat, bilamana ada pemimpin nak menjadikan BERSIH ni macam kat MESIR baru-baru ini.


kesan akibat demonstrasi boleh dilihat disini:
1.huru hara.

2.kesan negatif daripada orang asing.

3.tiada produktif.

4.pemimpin yang untung.

5.rakyat bazir masa, tenaga dan sia-sia dipergunakan.


Tuesday, July 5, 2011

KFC TAPAK SELIPAR

gambar ini adalah susulan kepada issue KFC tapak kasut:


hmm....soogood!!!










sedap atau?
















Monday, July 4, 2011

WANTED

 kepada sesiapa yang berkenaan:


saya ingin mencari rumah kosong untuk disewa area cheras...
 tak kisah rumah flat paras sederhana tinggi atau rumah teres,
bajet RM600 ke bawah, jika ada, contact saya segera ya, A.S.A.P

thanks;


Sunday, July 3, 2011

earning buffering

cek akaun, tiba-tiba terbaca "pendapatan terumpuk".
dan aku pikir, apakah "pendapatan terumpuk tu?
memang aku rasa teruja sebab rasa nuffnang kali nih mengambil perhatian kat aku.
aku rasa ni lah kali pertama nuffnang bg kat aku peluang untuk memperoleh pendapatan terumpuk nih.
aku harap nuffnang sentiasa maintainkan aku dalam pendapatan ni selain daripada cpm.

macam mana pendapatan terumpuk ni berfungsi ya?
kalau ada siapa2 expert pasal pendapan terumpuk nie, jangan segan-segan kongsikan dengan aku yer.

Saturday, July 2, 2011

korang pernah sampai ke kampung ni?

bandar keluang



menuju destinasi


kiri kanan nampaknya rumah-rumah lama

payah nk jumpa org jual air

barangan terpakai    


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...