Monday, November 28, 2011

sekarang ni ada lagi ke jenis duduk atas batang pisang?

hello hello...

sekarang ni kan musim cuti sekolah, tambah-tambah lagi sekarang ni pulak musim hujan, maka sejuk lah budak-budak nie, kan?

so, ramai tak ibu ayah yang sudah mempunyai plan nak bawa anak-anak ke klinik, tok mudim, untuk potong anu  sedikit kelopak kemaluan anak mereka, sebagai umat islam, bende ni memang wajib dilaksanakan bagi menjamin kebersihan jasmani generasi akan datang.

jadi, berduyun-duyunlah ibu ayah yang membawa anak mereka ke pusat-pusat pemotongan tersebut.
jadi, mestilah tunaikan tanggungjawab itu ya.


Sunday, November 27, 2011

kenapa kita tak tau?

kenapa?
kenapa?
tak nak ambil tau ke? atau kene diberitahu?
nilah senario masyarakat kita....perkara yang paling penting untuk kesejahteraan hidup ialah "kesihatan", perlunya kita menjaga perkara ini sebelum perkara lain yang lebih penting, bila ianya capai 100% dalam badan kita, maka dapatlah kita menuju kearah masyarakat yang sihat,,kan?

tapi, sebaliknya berlaku, rata-rata kita lebih pentingkan perkara lain berbanding kesihatan ini, ramai yang lebih suka mencari wang, wang dan wang tanpa memikirkan pentingnya kesihatan, mungkin mereka sedar, tapi mereka tak nak ambil tahu dan tunggu jatuh sakit dahulu baru nak mencari ubat.

dan inilah yang sering berlaku, dan rata-rata rakyat kita ni sukar nak mencari yang jenis berterima kasih, ramai yang lebih pentingkan diri sendiri, setuju?

nak meluahkan cara berterima kasih banyak caranya, dan kita boleh lah pikir-pikirkannya untuk kesejahteraan bersama.

terima kasih kepada nuffnang malaysia kerana menceriakan page aku.

adoi....kucing nih!!

adeh, spoil mood sungguh, nasib baik belum putus lagi~~

apa lah, kalau tidak, habis wayar charger laptop aku putus digigit nya.
aku memang anti kucing sungguh.

apa yag perlu kita buat jika?

apa yang kita perlu buat jika?

1. tidak boleh tidur?
2.tiada selera makan?
3.cirit birit?
4.masalah kewangan?
5.masalah rumahtangga?

Thursday, November 24, 2011

hutang

entri khas berkaitan hutang, sebut pasal hutang ni, kita semua pasti ada hutang kan?
bagaimana untuk "membayar" hutang?

Monday, November 21, 2011

ulasan harimau vs garuda

jap jap.....aku tengok tak habis lagi, nanti aku update

Sunday, November 20, 2011

alahai jiran....awat bangang sangat?

alahai jiran sebelah, apsal bangang sangat, tiap-tiap hari bertukang dalam rumah, entah apa yang diketukkan nya, rumah macam itu jugak, tidak bertambah atau berkurang, memekak saja kerjanya, ditegur sekali tidak endah.


barangkali tidak paham bahasa, sebab keling kan, kalau ditegur, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri berbelit-belit la kot, betul tak?

jiran yang macam ni lah jenis menyusahkan orang lain, menggangu ketenteraman penghuni lain.

Saturday, November 19, 2011

pengalaman itu sangat mengesankan

gambarkan tajuk di atas itu dengan pengalaman korang, tak kisah lah ape-ape pun okey?
asalkan ia adalah satu pengalaman korang yg dirasakan begitu menguja kan ke, mencemaskan ke...

pernah tak korang dikejar ayam?
dikejar lembu?
disergah ular?
dilastik batu?

hidup nih ibarat buah durian


atau apa2 pengalaman yang lebih moden lagi di masa kini...boleh lah kita pikir-pikirkan, seiring dengan peredaran zaman kini kan, setiap pengalaman yang kita hadapi tentulah berlainan jika dibandingkan dimasa lalu @ zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan.

bila ia sudah berlalu, mulalah kita rindukannya. ingin kembali pada masa lalu amatlah tinggi, tapi apakan daya, setiap yang kecil akan besar, setiap yang besar akan remaja, dan remaja ke dewasa..seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, ada yang lahir didunia ini terus mendapat akaun facebook kan?

bila besar-besar sudah pandai meminta laptop, jika tidak dapat, meraung menangis merajuk dan bermacam-macam lagi, perlu mengajar erti kesusahan dan erti berusaha untuk anak-anak, jika ingin melihat ianya menongkah arus arus deras dari semasa ke semasa....agree??

ibarat menatang minyak yang penuh, sudah tentu bila dicurahkan air, airnya tidak sebati dengan air, jika memasukan air dalam minyak yang panas, sudah tentu ianya mengelegak dan terkena ditangan sendiri kan, siapa yang sakit? sakit hati? sakit jiwa? sakit itu hanya sekejap atau lama bergantung pada cara kita mengubatinya.

Friday, November 18, 2011

dalam kenangan [1995 - 2011]


sudah tinggal kenangan, motor nih banyak sudah berjasa...siapa2 yang pernah naiki motor ni mesti akan rasa feel the moment, hehe...entah ye atau tak?

dengan motor ni jugak, banyak pengalaman pahit dan manis telah berlaku..kan kan?

dan motor ni jugak menjadi tumpuan para-para mat rempit.

Tuesday, November 15, 2011

malaysia tempat pertama

mungkin tajuk diatas sedikit sebanyak membahagiakan korang kan? apa tidaknya...kerana ia melibatkan nama malaysia, korang tau tak apa itu di sebalik tajuk "malaysia tempat pertama"?

meh dekat aku nak bisik, tempat pertama tu ialah.....erm erm....ini tidak ada kene mengena dengan sukan sea yang sedang berlangsung di palembang tau, nehi!! nehi!! nehi!!....tidak sama sekali...walaupun sekarang ni sedang mengutip emas.

okey, yang dikatakan sebagai tempat pertama itu adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan rakyat malaysia, dan kita akui....negara kita memang banyak dengan makanan dan boleh dikatakan sebagai syurga makan.



okey? itu kita tidak boleh disangkalkan lagi, negara lain rakyatnya mati kerana kelaparan, rakyat kita mati disebabkan oleh kekenyangan.
sebagai contoh:- 
seorang pemuda, balik dari kedai makan bersama kawan-kawan tiba-tiba terkena serangan jantung.

bab makan ni pula kita sangat mewah, bangun-bangun tido terus ada makanan, dan bagi yang rasakan dirinya makan tak abis tu, bolehlah share-share dengan umat yang memerlukan, tidak guna jika kita tidak berkongsi, kerana disebalik perkara itu ada keburukannya.

dan rakyat malaysia juga lebih banyak yang tidak bersukan, suka tangguh-tangguhkan bende yang dikatakan adalah tanggungajwab diri sendiri. okey? boleh faham?

dan lama kelamaan akan memudaratkan badan.
mahukah korang?


mulai dari sekarang, bertindaklah untuk masa depan diri sendiri, carilah kesihatan.

untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk negara.





Monday, November 7, 2011

bila suka buat andaian melulu

fikir dan tidak fikir merupakan dua perkara yang berbeza, jika orang cerdik, dia akan berfikir panjang dan bertanya dengan tuan punya diri jik ada yang tidak kena, bagi orang yang tidak berfikir pula, mereka suka membuat andaian sendiri dan jugak akan terus menyerang .

pikiran negatif

bila dipikirkan, betul ke tindakan aku?, salah ke tindakan aku?, apa yang aku buat? salah , ke aku macam ini, macam itu.

sesetengah orang tidak paham keadaan orang lain, sudah tentu la tidak faham kan, sebab dia orang bukan hidup dalam diri kita, bukan 24jam dengan kita, kadang-kadang cara hidup, cara kerja yang membuatkan berlakunya ke_tidak_puas_hati_an sesetengah orang terhadap orang lain.

dalam pada itu, mula lah berlakunya kecelaruan pemikiran, berperasaan itu ini, bukan nak tanya betul-betul, kalau jenis berfikiran negatif, susah dah hendak di-positifkan balik, hendak-hendak lagi bila dah keadaan diri dah rasa besar, rasa berkuasa, rasa lebih bijak dan pandai dari orang lain, rasa dah terlebih makan garam dari orang lain. memaglah kalau di perhatikan dari sudut lain, ada yang bagus, tapi kalau bercampur dengan perasaan yang terlebih negatif macam mana?

dan kalau berpikiran negatif sangat; jenisnya susah nak:
1.menerima pendapat orang lain.
2.lebih mengutamakan pendapat diri sendiri.
3.suka menghentam orang lain.
4.suka buat tuduhan melulu tanpa usul periksa.


apa-apa pun, selamat hari raya aidiladha, maaf zahir dan batin.


Sunday, November 6, 2011

aidiladha 2011

selamat menyambut aidiladha kepada semua blogger-blogger, dalam kita sibuk menekan jari jemari di atas papan keyboard, renung sejenak pelbagai kesusahan orang-orang yang tidak berkemampuan, sedekahkan kepada mereka satu artikel yang dikira boleh membuka banyak mata orang-orang yang dikira boleh menolong golongan-golongan ini.

dan tanamkan dalam hati bahawa pada aidiladha kali ini adalah satu pengorbanan yang tidak hanya bekorban di mulut sahaja, yang penting di dalam hati nurani sendiri.



sekian,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...