Saturday, December 31, 2011

countdown 2012



azam baru yang akan muncul setiap kali penghujung tahun....adakah korang semua betul-betul berazam atau hanya bermain dibibir sahaja?

kalau itu yang berlaku...rugilah kan, macam mana nak majukan diri, ramai di antara kita yang hanya berazam dan berazam sahaja. dan ianya berlalu begitu sahaja.


dan untuk mengelakkan daripada itu berlaku pada setiap hujung tahun, ubahlah perangai yang MALAS itu, dan jugak buatlah perubahan pada diri sendiri.

dan tidak kurangnya pada setiap ambang tahun baru, banyak jugalah yang rosak akhlaknya, membuat dosa di sana sini tanpa memikirkan malu dan sebagainya.

dimana terletak nya otak kita?


Tuesday, December 27, 2011

bahaya peminta Bantuan Rakyat 1 Malaysia

~~BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS~~~

ini lagi satu, memang betul2 terkena bagi yang tak tahu menahu dan jugak tidak membaca isi-isi kandungan tentang pembahagian duit 500 ringgit sorang bagi yang pendapatannya kurang 3ribu.

bunyinya best kan, tapi jika seseorang yang sebelum ni pernah bertukar kerja dan jugak gajinya sebelum nih melebihi tahap yang ditetapkan untuk membayar cukai, jangan terkejut jika selepas disuruh bayar jumlah cukai yang tidak pernah dibayar sebelum ini.

lebih elok jika tidak liat untuk membayar cukai walaupun hati asyik nak menyalahkan orang lain.

bagi korang yang dah memgisi borang BR1M itu, cuba semak diri sendiri adakah sebelum ni pernah membayar cukai ataupun pernah bertukar kerja, yang mana kerja sebelum ni gajinya melebihi dari apa yang sekarang.






Thursday, December 22, 2011

dan kalau lelaki dengan perempuan

bila lelaki ni dengan perempuan, kalau ok, ok lah rentaknya, tapi kalau jenis tak mau mengalah, parahlah jawabnya, contohnya kalau lelaki dengan perempuan bertengkar, yang mana perlu mengalah?

macam movie lah kan.....betul tak?

semalam tengok citer G-force kat tv3 memang best sangat.


Tuesday, December 13, 2011

AMARAN UNTUK PENUNGGANG MOTORSIKAL


entri yang cukup ringkas sahaja ditujukan khas untuk penunggang-penunggang motorsikal,
kalau rasa motor tu kecik, jangan lah sesuka hati bawa motor cilok-cilok kiri kanan di antara kenderaan yang lebih besar.

memang motorsikal kecik, kalau sekali terhimpit atau tiba-tiba bergesel dengan kereta @ lori? siapa yang susah?
kalau panjang umur, nasib lah kan, kalau ensiden kat situ jugak, macam mana?
tak ke sia-sia je hidup?

agak-agak kalau baca yang aku tulis nih, boleh sedar tak?
terutama yang membawa motorsikal di kawasan yang sibuk dengan kereta-kereta, korang semua tahu kan, motor ni kecik..dan ianya boleh mempercepatkan perjalanan ke destinasi, kalau korang bawa dengan betul, alamatnya sampai lah ke rumah, kalau korang bawa dengan tidak berhati-hati, jika nasib baik, baiklah korang, jika tidak bernasib baik, ALAMAK!!...pikirkan lah sendiri yop!!

Monday, December 12, 2011

korang boikot ke tak?

assalamualaikum....
annyong haseyo!!
apa kabar?
selamat malam semua.....

korang semua sihat?
ada tak tengok tadi konsert "buka semangat", ada rasa teruja ke mcm mana dengan konsert tuh?
dia orang ni, tak habis-habis nak promote produk coca-cola, aku pesan, janganlah korang terpengaruh, ayuh sama-sama kita boikot,,,@ korang semua dah lupa dah pasal boikot?

adakah bende tuh semua hanya berlaku masa skali skala sahaja?
ayuh semua..selagi israel ada, mari kita sama-sama rakyat malaysia berganding tenaga tidak membeli minuman coca-cola dan produk-produk yang seangkatan dengannya..

BOLEH???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...