Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Monday, June 25, 2012

pontianak

satu ungkapan yang tidak asing lagi...bila sejut je "pontianak", memang meremang bulu roma.

daripada versi cerita orang-orang tua pada zaman kecik, sehinggalah sampai sekarang.


ada versi lagu.....banyak cerita-cerita pontianak dah diadaptasi ke layar perak sebenarnya.

antaranya ialah:
 jenis pontianak versi alaf baru "the twilight saga", jenis jiwang sikit.


vampire hunter (2012) yang paling terbaru. rasanya ini jenis pontianak yang lebih "massacre".

tapi yang aku masih ingat, masa kecik dulu, menonton cerita pontianak versi melayu lakonan seorang pelakon yang sekarang dah berstatus "datin" . aku pun tak berapa ingat namanya.

yang ceritanya bagi aku pada masa itu sangat seram hinggakan nampak pokok pisang bergoyang ditiup angin pun aku dah rasa nak terkencing disitu jugak.

babak yang pergi ke dapur dan makan 'ayam mentah" pun tidak kurang hebatnya.

Monday, February 6, 2012

cuti 2

edisi cuti kali ini memang best kan, tapi, jika dibandingkan dengan minggu lepas, bilangan harinya tetap sama, cuma yang berbeza adalah "hari".

ok, diwaktu masa terluang inilah seronok untuk update laman sesawang ni, kalau tak, konfem berhabuk.

dan disamping itu, pada tarikh 18.1.2012 aku telah mendapat title baru, iaitu bapa, rasa macam tak percaya pun ada, tapi dah menjadi lumrah kita sebagai manusia, bila umur makin bertambah, keluarga pun makin meningkat dan tanggungjawab pun bertambah luas, generasi juga juga semakin berkembang dan berkembang.

sekali sekala aku balik ke rumah mentua aku untuk menjenguk isteri yang sedang berpantang dan juga anak yang masih kecil.

bila habis tempoh berpantang nanti, insyaallah akan balik ke KL semula.

alhamdulillah, pengasuh pun dah ada, jadi tidak lah kelam kabut hendak mencari nanti, cuma nak bagi bayi biasakan diri dengan orang "baru", kenelah balik lebih awal sedikit nanti.


sedar tak sedar, kelmarin 5.2.2012, genap sudah setahun tarikh perkahwinan aku.

Saturday, December 31, 2011

countdown 2012



azam baru yang akan muncul setiap kali penghujung tahun....adakah korang semua betul-betul berazam atau hanya bermain dibibir sahaja?

kalau itu yang berlaku...rugilah kan, macam mana nak majukan diri, ramai di antara kita yang hanya berazam dan berazam sahaja. dan ianya berlalu begitu sahaja.


dan untuk mengelakkan daripada itu berlaku pada setiap hujung tahun, ubahlah perangai yang MALAS itu, dan jugak buatlah perubahan pada diri sendiri.

dan tidak kurangnya pada setiap ambang tahun baru, banyak jugalah yang rosak akhlaknya, membuat dosa di sana sini tanpa memikirkan malu dan sebagainya.

dimana terletak nya otak kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...