Monday, February 6, 2012

cuti 2

edisi cuti kali ini memang best kan, tapi, jika dibandingkan dengan minggu lepas, bilangan harinya tetap sama, cuma yang berbeza adalah "hari".

ok, diwaktu masa terluang inilah seronok untuk update laman sesawang ni, kalau tak, konfem berhabuk.

dan disamping itu, pada tarikh 18.1.2012 aku telah mendapat title baru, iaitu bapa, rasa macam tak percaya pun ada, tapi dah menjadi lumrah kita sebagai manusia, bila umur makin bertambah, keluarga pun makin meningkat dan tanggungjawab pun bertambah luas, generasi juga juga semakin berkembang dan berkembang.

sekali sekala aku balik ke rumah mentua aku untuk menjenguk isteri yang sedang berpantang dan juga anak yang masih kecil.

bila habis tempoh berpantang nanti, insyaallah akan balik ke KL semula.

alhamdulillah, pengasuh pun dah ada, jadi tidak lah kelam kabut hendak mencari nanti, cuma nak bagi bayi biasakan diri dengan orang "baru", kenelah balik lebih awal sedikit nanti.


sedar tak sedar, kelmarin 5.2.2012, genap sudah setahun tarikh perkahwinan aku.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...