Friday, April 27, 2012

WHy COURT MAMMOTH?

aku rasa ini jawapannya......


court

mammoth @ dah pupus?

fuhh...sekarang ni jadual kerja aku pack......

pergi sana..pergi sini...ramai orang sakit yang memerlukan rawatan khas yang dinamakan "terapi CERAGEM".

rugi sapa-sapa yang tak guna ceragem ni..

COURT MAMMOTH...
idea asal court korang rasa-rasa ada kaitan dengan mammoth x? mawas? spisis kah binatang tu?






Sunday, April 22, 2012

kenapa guna GPS?

1st time beli GPS dan menjadi milikku sendiri, ada GPS ni memudahkan kerja, khususnya kerja yang banyak membabitkan perjalanan dari destinasi ke destinasi yang tertentu.

ada orang yang suka, dan ada orang yang tidak suka...ada aku kisah?

yang paling penting, ianya membantu, dan tidaklah banyak membuang masa pusing-pusing jalan yang sama je, tak pun, buang masa bertanyakan kepada orang.

MOVE GPS

kalau korang nak beli GPS, pastikan keupayaan dalamannya dahulu, kalau prosesornya laju, barulah ok, kalau tak, dia punya tahap masa tak sama dengan kelajuan yang korang bawak, paham?

touch screen

ada jugak sesetengah orang cakap," guna gps ni adalah orang yang tak percayakan diri sendiri", haha, kalau pikir skali, kelakar jugak kenyataan itu.

ciri-ciri dalaman

pelbagai jenis dan jenama GPS yang terdapat dipasaran sekarang, model yang aku tunjuk ni adalah keluaran Malaysia, kiranya MALAYSIA boleh jugak. cuma aplikasinya diambil daripada PAPAGO punya. sama macam ianya berkongsi ilmu lah kan? hehehe....

external memori & BT
untuk maklumat lanjut, layari website nya




Tuesday, April 17, 2012

anwar memang LUPA

Anwar lupa – Dr. Mahathir

KUBANG PASU 15 April – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri menunjukkan perangai sebenar Ketua Pembangkang itu yang gemar membuat janji tanpa memikirkan apa yang pernah dia sendiri perkatakan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, tindakan itu menunjukkan Anwar sudah lupa apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Menteri Kewangan semasa penubuhan PTPTN dahulu.
Beliau bagaimanapun, tidak mengulas lanjut mengenai apakah perkara yang telah dilupakan Anwar.
“Itulah Anwar, dia tidak tahu apa dia fikir pun, dia lupa,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali; Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim; Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Samsudin Osman; Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Presiden Alumni universiti berkenaan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.
Dr. Mahathir ditanya mengenai hasrat Anwar yang mahu memansuhkan PTPTN sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang dan beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, Utusan Malaysia yang memetik kenyataan pengendali blog RBF Online melaporkan, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.
Menurut blog tersebut, pada 1997, Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Blog berkenaan mendakwa Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh itu beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.
Menurut Dr. Mahathir, penyediaan pinjaman PTPTN telah membantu rakyat khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
“Kita boleh mansuh PTPTN tetapi orang yang minta nak mansuh sahaja yang terlibat. Orang lain yang masih inginkan pinjaman PTPTN, kita bagilah. Orang yang tak bantah PTPTN kita boleh bantu, orang yang bantah kita jangan bagi dan tiada pendidikan percuma bagi mereka kerana kita tiada sistem pendidikan percuma di peringkat ketiga,” ujar beliau.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, kemajuan dan pembangunan yang dinikmati negara pada masa ini adalah berikutan penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat selepas merdeka.
Ini kerana kata beliau, kerajaan percaya hanya ilmu pengetahuan boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan telah membelanjakan peruntukan yang banyak untuk meningkatkan pelajaran kepada rakyat.
“Atas sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik,” katanya.

SUMBER  utusan

Thursday, April 12, 2012

menjunjung kasih sebudi ikatan

apa-apa pun tanggapan negatif kepada TUANKU kita yang baru, minta di jauhkan....

yang paling penting adalah doa semoga Baginda di panjangkan umor dan dirahmati olehNYA..

dan yang paling penting, hentikanlah politik-politik yang jelik, sebabnya perkara ini lagi memeningkan agong kita.

ini video lama....

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU

happy holiday semua...


Sunday, April 8, 2012

suka hati

"ibarat kata pepatah"

masuk mulut buaya, digigit, keluar kandang harimau mengembek"...oh ya, salah pepatah pulak..

begini.."masuk kandang harimau, mengaum, keluar kandang kambing, mengembek".


itulah kalau apa-apa pun dalam dunia ini, ramai yang bersikap macam itu.
yang hipokrit pulak, lagi banyak....


haih,,,,,ape la yang aku tulih ni,....mengarut saja....huhuhu


Saturday, April 7, 2012

TEMPAT BEST di KUALA LUMPUR

ape citer korang?

esok dah hari ahad.....nak pegi mana yer?

mane tempat best nk jalan2 area KL ni? ada cadangan tak?

Wednesday, April 4, 2012

kepentingan menjaga kesihatan

perkara berikut yang manakah menjadi pilihan no 1 korang?

1. iPAD.

2.makanan sedap-sedap.

3.gaya hidup masa kini.

4.malas bersenam.

5.tak dengar kata

6.kesihatan yang sempurna

jadi, dalam keenam-enam benda tersebut, apa yang bermain dalam pikiran korang?

Monday, April 2, 2012

pentingnya keyakinan diri

okey, seperti biasa, esok hari isnin, bermulanya minggu baru pada setiap mingg.

setiap hari mesti kerja tak kira panas atau sejuk, tanggungjawab yang ada perlu dilaksanakan.
jika tidak, sia-sialah apa yang diusakan selama ini.

dan bermula besok pula ada satu peperangan, diharap pada kali ini. berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...