Friday, August 31, 2012

merdeka

salam kemerdekaan kepada warga malaysia semua, tidak kira dimana jua berada, semoga dalam menyambut kemerdekaan ni, sama-sama lah kita bersatu padu di antara satu sama lain.

buang yang keruh, dan ambil yang jernih, seminggu lepas semua sudah bermaaf-maafan semasa aidilfitri, dan sekarang masing-masing dengan ideologi politik sendiri, bergaduh sesama bangsa, melayu sesama melayu.

tidak rugi kah kita jika itu yang kita pertahankan, apa pun tidak dapat, yang penat kita jugak, bukan dapat apa pun, yang untung, untung lah.


Tuesday, August 28, 2012

kemalangan paling tragis di pagi Syawal

jem teruk pagi semalam.... dari jauh ingatkan orang bakar tayar or rumah terbakar..rupa2nya ada kereta di depan sudah meletup, alahai,,,sekarang ni banyak sangat kes kereta meletup, terbakar dll selepas berlakunya sesuatu kemalangan. kenapa ya?nak salahkan kerajaan ke? hehe...or nak salahkan pembuat kereta terbabit. rata-rata menyalahkan bahan bakar....so, apa boleh buat? zama sekarang ni, nyawa ibarat hanya beberapa sen sahaja, orang lain tak mengendahkan kita melainkan diri sendiri yang sentiasa berwaspada dan berhati-hati. kita tolak tepi jap pasal eksiden tersebut, jika di perhatikan dalam video diatas kan, sememangnya orang malaysia ni sangat prihatin sehingga melimpah ruah di sisi bahu jalan raya sehingga menyebabkan keadaan jalan bersesak-sesak.
lebat

Monday, August 27, 2012

kesihatan musim raya

cuti pun dah habis,...

raya sebulan


sekarang masa untuk kita kembali bekerja..best duk malaysia ni....banyak cuti..banyak makan kurang senaman...
itu yang menyebabkan rakyat negara kita semakin tidak sihat dan bertambah bilangan yang sakit.

pertambahan orang yang sakit juga sangat menguntungkan agensi tertentu seperti hospital contohnya.
mengapa tidaknya? semakin ramai yang sakit, semakin juga bertambahnya pusat-pusat kesihatan. dan ubat-ubatan bertambah laku.

dan sakitnya pula tidak baik-baik juga.
adakah kita tidak pernah mencari jalan untuk mencari jalan bagi merawat punca segala penyakit kita?

ditambah lagi dalam musim perayaan ni..pelbagai jenis juadah disediakan. ketupat, lemang, rendang, semuanya sedap-sedap belaka.

pelbagai penyakit juga timbul kerana kurangnya kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri sendiri, bila dah sakit baru nak mencari ubat, seperti kata pepatah 'bila terhantuk baru nak sedar'...macam tu lah lebih kurang.


 

Wednesday, August 15, 2012

selamat hari raya

selamat hari raya diucapkan kepada warga blogger semua...


berhati-hati dijalan raya dan sentiasa ingat keatas orang tersayang.

untuk perantau....tak kira dimana korang berada, kampung korang tak lari....jadi usah bawa laju-laju, kelak membawa binasa.

Wednesday, August 8, 2012

tengok video ni dahulu sebelum korang pergi kerja

berhati-hatilah kamu dijalan raya sempena perayaan ini

Tuesday, August 7, 2012

sahur

sahur...

sahur...

sahurr!!

Saturday, August 4, 2012

7 perkara yang aku tidak suka

selamat berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...