Monday, February 29, 2016

Kilang SAMSUNG

Agak sedih juga bila mendengar berita mengenai kilang yang agak kukuh di Malaysia ni hendak tutup operasi, tapi apakan daya...jika kilang milik orang asing menjalankan bisnes diSini, untung rugi mereka semua sudah ambil kira.

Risiko juga mereka akan tanggung, tidak kira lah warga negara yang bekerja disitu atau warga asing yang datang ke Malaysia mencari rezeki.

Tapi, sepanjang bekerja dikilang tersebut tidak lama dahulu mencipta pelbagai pahit manis dialam pekerjaan, pertama kali bekerja selepas tamat pengajian.

Berjumpa jodoh juga di Kilang yang sama.



Wednesday, February 17, 2016

LPT 2, VAN PUTIH, BANGLA

LPT 2

sebagai pengguna tegar lebuh raya ini, aku taknak claim apa-apa pasal hantu ke, pasal jin je...aku cuma nak bagitau pasal struktur jalannya yang agak teruk tidak sama seperti lebuh raya lain, dimana sepanjang jalan, di kaki-kaki lima tidak banyak yang dipasang divider jalan yang menyebabkan banyak binatang buas seperti beruang,harimau serta binatang ternakan yang boleh secara tiba-tiba melintas dan menyebabkan kemalangan berat kepada pengguna LPT 2 ini.


VAN PUTIH

van ini juga popular kerana banyak cerita yang berlegar-legar dalam negara pasal penculikan sejak akhir-akhir ini, rakyat kita ini selalu fobia dengan satu cerita yang dirasakan sangat bahaya, tapi tidak peka dengan masalah sosial remaja sekarang, apa-apa cerita boleh di ciptakan untuk membimbangkan semua orang, daripada terlalu takut kepada van putih, lebih baik alert dengan tuan punya kereta kancil,viva,proton dan motosikal yang angkut anak gadis kesana kemari serta merosakkannya.


BANGLA

Apa lah korang ni, buat apa nak kutuk bangla, mereka juga nampak rajin apabila bekerja, kita tak payah lah setuju sangat jika disahut untuk bekerja dalam sektor 3D, yang setuju berapa keratlah sangat berbanding ramai lagi yang tidak sanggup dan nak kerja selesa sahaja, aku kata ni bukanlah nak sokong kerajaan dan bukan juga pencacai, tapi sebagai yang pernah kerja ikat batu bata, kerja ladang, buat rumah, tanam tembakau, stesen minyak dan lain-lain lagi....aku tengok warga nilah yang rajin berbanding orang local...yang kebanyakan suka lompat-lompat kerja.
kalau korang mintak gaji minimum yang sedap tu aku rasa susah kerajaan nak tunaikan sebab nilai wang kita rendah sekarang, memang struggle sikit nak survive..tapi apa boleh buat.

kalau korang nak yang lebih sedap, pergi cari kerja di oversea, singapore ke, australia ke, korea ke, serta ke negara-negara yang agak maju yang korang leh cari income lebih.

Monday, February 15, 2016

BANGLADESH MASUK MALAYSIA

topik hangat masa kini.

kisah pasal kemasukan warga bangladesh secara besar-besaran ke negara ini membimbangkan rakyat malaysia khususnya...

mungkin menteri tidak risau pasal ini, yelah.....mereka bergaul dikalangan mereka sahaja...mana nak jenguk turun padang bersesak2 dengan orang-orang ini, bukan menghina....tapi kemasukan besar-besaran ini dikatakan agak keterlaluan mungkin.

Sunday, February 14, 2016

belajar gitar

Salam,


siapa tahu cara belajar gitar..blh post sini tak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...