Sunday, December 28, 2014

kelantan banjir 2014

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberikan lagi peluang untuk menghirup udara yang nyaman.

Saban hari kita sering terdengar perkhabaran tentang kematian, orang terdekat mahupun orang jauh.

kita semua juga melihat pelbagai kerosakan-kerosakan yang berlaku di negara kita.

orang kaya yang semakin kaya,

dan Allah S.W.T menurunkan sedikit ujian iaitu air yang banyak, serta memenuhi seluruh ruang yang ada. Kita perlu berfikir, setiap kejadian itu adalah hikmah dariNYA.

kita tidak boleh kata ya mahupun tidak, kita perlu bersedia.

harta dunia tidak boleh dibawa ke sana.

Wednesday, December 24, 2014

"LELAKI - LELAKI JAHAT"

"Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita"

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau.

Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.
Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata.

Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.
Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi.
Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja.
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.

Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.

‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.

Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.

Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.

Berbagai bangsa.

Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah.

Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.

2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti

3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.

5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.

Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
----
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

Nota: Sumber artikel
http://www.siakapkeli.com.my/2014/12/ibu-bapa-sila-ambil-perhatian.html

Friday, December 19, 2014

Sabarlah

Sabarlah duhai hati...
Sesungguhnya bila diberikan satu ujian..
Mungkin ianya hikmah...
Supaya diteruskan berfikir...

Manusia ni susah nak jaga.....
Sendiri mau ingat lagi lah payah
Manusia mana pernah nak sedar
Kesilapan diri sendiri
Ego sangat tinggi.
Langsung tak boleh terima kenyataan.

Thursday, December 18, 2014

Assalamualaikum

selamat pagi

Sunday, December 14, 2014

1MDB

Apa itu 1MDB?

see this one...








- Merupakan salah satu GLC yang boleh dikatakan sedang meningkat naik ini pernah dipengerusikan oleh PM Najib.

-Tapi akhir-akhir ini ramai dikalangan ahli politik menyatakan bahawa badan ini banyak keritisan.


Saturday, December 13, 2014

jiwa sihat

jiwa sihat...

hati tenang....adalah perkara yang kita semua hendak kan?
jika jiwa tenteram, muhasabah diri kita bagaimana hendak melakukan perubahan.

Sunday, November 30, 2014

Hukum isteri meminta cerai

Soalan:

Ustazah, apakah hukumnya seorang isteri meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan hidup bersama dengan lelaki yang buruk akhlak.
Terima kasih.

Isteri Kecewa.

Jawapan;

Kebahagiaan dalam perkahwinan adalah impian bagi semua pasangan yang berkahwin. Namun kadangkala kebahagiaan yang diimpikan bertukar menjadi mimpi ngeri, bilamana suatu saat seorang isteri harus meminta cerai dari suaminya lantaran berbagai sebab. Di sini akan dihuraikan beberapa pendapat ulama’.

Seorang isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab adalah haram hukumnya.Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga (yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).

Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa.

Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulama’; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan meminta ditalaqkan atau meminta khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qais telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).

Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:

Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.

Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasaie, no: 3497]

Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’ie atau munasabah.

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

Wallahu ‘aklam.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad

Tuesday, October 28, 2014

Ada apa dengan RM2500?



Disaat kerajaan bertindak dan berfikir atas dasar semata-mata ingin Negara sahaja berpendapatan tinggi, tanpa menghiraukan “income” yang diperolehi oleh kebannyakan rakyat Malaysia, kalau ikutkan berapa ramai sahaja yang menjadi tauke-tauke kedai….berapa nisbah dengan yang makan gaji berbanding tauke-tauke.
Ok…mari ikut pecahannya…ini adalah perkiraan untuk 1 @ 2 senario bergantung kepada tahap income seisi rumah masing-masing,
Matematik mudah je ni..

RM2500? Kerajaan kata cukup dah untuk menampung perbelanjaan sebulan….

SENARIO 1:  HIDUP DI BANDARAYA dan isteri tidak bekerja:
Satu….apabila kita dapat RM2500, apa yang kita akan buat dahulu? Joli? Bei gadget? Belanja kawan-kawan? Saham akhirat? Dan segala macam lagilah!
Dengan RM2500, pada aku, akan buat beberapa perkara yang penting dahulu sebelum berbelanja makan dan minum.
RM2500:
1.tolak ansuran kereta (katakan pakai proton) dalam anggaran RM600 bakinya tinggal RM1900.

2.bayar bill entertainment (astro+internet+phone) yang masing-masing RM42.30 (pakej murah),RM132.05,RM130.00 dan bakinya tinggal lagi RM1595.65.

3.Hantar kat orang tua,adakalanya RM300,,,,jadi bakinya tinggal lagi RM1295.65.

4.spend untuk petrol RM250 so….tinggal lagi RM1045.65

5.Tak lupa…jika ada anak kecil….jangan abaikan susu anak….try tolak untuk 4 kotak terus RM260.40 baki bersih RM785.25.

6.Isteri berkeinginan hendak makan di luar pula….so…spend RM250 untuk makan2…dinner…dan singgah pula ke pasaraya anak hendak mainan…kuarkan plak RM100 tinggallah baki RM435.25…

Jadi….baru beberapa hari dapat gaji….baki bersih dah tinggal sebanyak itu….ada lagi 30hari untuk gaji seterusnya…anda sepatutnya makan je makanan dari rumah jika berasakan tidak boleh berdisiplin untuk makan di luar yang memaksa anda untuk berbelanja sebanyak RM14.50/hari sehinggalah gaji seterusnya.

Thursday, October 16, 2014

Alhamdulillah

gAJI

Thursday, October 9, 2014

tips jimatkan minyak....

mesti korang mengeluh dengan kenaikan minyak 20sen kan?

so....tak payah pening2...ada caranya..korang isi minyak kereta@motor penuh..lepas tu biarkan kereta duk dalam garaj selama berminggu-minggu..

lepas tu korang tumpang kereta kawan untuk kemana-mana destinasi...takpun pinjam kereta kawan....bagi dia isi penuh-penuh....dekat-dekat nak habis pulangkanlah balik.

yang ke tiga....rasanya popular....sebab pak menteri kita cadangkan supaya pergi kerja naik basikal...

dan katanya lagi...gaji rm2500 dah cukup..jika uruskan dengan baik..

jika duk lembah kelang..dengan gaji banyak tu...nak makan apa?

rasanya balaci yang buat kiraan tu mmg bengap tak kira dengan hutang kereta...hutang rumah..


ini mesti interview SPA guna kabel.

Wednesday, October 1, 2014

minyak naik...

huh

kawin----cerai---rujuk

Assalamualaikum.

apa kabar semua? setelah melihat kepada kepelbagaian ragam manusia, aku teringin hendak menulis pasal gejala masa kini yang kurang diambil perhatian oleh media.

kebanyakan media lebih fokus kepada isu-isu jenayah semasa yang mungkin dapat melariskan perniagaan mereka dan juga isu gosip-gosip panas artis.

semua orang inginkan kasih sayang kan? walau binatang sekalipun, tetap perlukan kasih sayang untuk hari-hari mendatang..apatah lagi manusia? kita sememangnya diciptakan dengan berpasang-pasangan...kalau ada orang kata boleh hidup sendiri...tak betul lah tu...tipu lah tu...ego tinggi sangat lah tu.


Sunday, September 28, 2014

Tentang tulang belakang yang korang perlu tahu bahagian 2



Salam sejahtera kepada anda semua, ingatkah lagi tentang artikel pertama yang saya tulis berkenaan tulang belakang?

Sebenarnya ramai yang ingin mengetahuinya tentang tulang belakang ni,ia bukan sahaja lambing kecantikan bentuk badan kepada kita semua, ia adalah tunjang kepada nadi kehidupan kita, tanpa tulang belakang, tak mungkin kita boleh bergerak kesana kemari.


Ok,tulang belakang terdiri kepada beberapa bahagian yang setiap bahagian tersebut merangkumi saraf kepada anggota-anggota tubuh badan kita termasuk ke OTAK.
Biasanya kalau kita sakit kaki,mesti dah risau dan segera sapu ubat kat kaki,hari-hari kat kaki..sakit tk hilang-hilang..bagaimana tu?

Untuk menyelesaikannya, jika sakit kaki,,sapu ubat juga tak berkesan,eloklah kita check tulang belakang kita,kemungkinan saraf yang terdapat pada tulang belakang ke bahagian kaki mengalami kecederaan, duduk terlalu lama atau lain-lain perkara.

Ada juga yang sakit pinggang,tapi mengendahkannya, dan selalu dimomokkan dengan “malam jumaat”. Hehe..bukan sebab itu sahaja tauu!!..

Sakit pinggang juga berkait rapat dengan masalah kesihatan tulang belakang.

Oklah, rasanya kat sini dahulu sedikit penerangan saya tentang tulang belakang, kalau ada apa2 penambahan, bolehlah kongsikan dengan saya.

Semoga kita semua beroleh manfaat dan kesihatan yang baik demi masa depan keluarga dan orang yang tersayang.

Thursday, September 25, 2014

Zeus malware

salam semua,

kecoh tentang malware yang dah lama ...kini kembali mengganas di malaysia.

penggodam kini menyasarkan pengguna cimbclicks dan juga maybank2u yang kebanyakannya orang ramai guna pada masa kini. comfirm duit banyak dalam tu.

dan juga yang selalu membuat transaksi online.


dan itu bukan sebabnya...

yang menjadi masalah adalah diri sendiri yang suka mendownload apps yang tidak diketahui pokok pangkalnya dan juga dapat dari emel...

sememangnya penggodam sangat suka menghantar apa-apa melalui emel kerana ini baginya sangat mudah...tiada tapisan....yang menapis adalah kita sendiri..salah tapis..meranalah.

penggodam tidak suka menghantar apps ciptaannya melalui google play,apps store dan seumpamanya.

boleh guna cimbclicks dan maybank2u...tapi pastikan apa2 yang disuruh update bukannya thru emel.

untuk rujukan...

boleh melawat ke cybersecurity malaysia.

Wednesday, September 24, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah...

bersyukur kita semua kerana masih lagi diberi peluang untuk mengecapi hari-hari yang indah.

Wednesday, September 17, 2014

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....

syukur nikmat.

Monday, July 21, 2014

MH17: FALSE FLAG ATAU SATU PERANCANGAN

beberapa bulan dahuhu, negara dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang lenyap begitu sahaja tanpa ada tanda-tanda dijumpai.

Friday, July 18, 2014

MH17

what happen about aircraft system?

Wednesday, July 2, 2014

nostalgia ramadhan

Nostalgia Ramadhan,

cuba kita #throwback sejenak.....kembali ke zaman kanak-kanak remaja, sesunguhnya pada masa itu kita tak perlu nak fikir apa-apa, pergi jalan-jalan, mandi sungai,balik petang-petang,kadang-kadang lambat sikit mak marah dan apa lagi? kene rotan lah sedas?

sekarang ada lagi tak macam tu? balik lambat? kene rotan.....kalau ada pun mungkin dah kurang, lagi pun sekarang ni nak keluar pun bahaya, banyak kes-kes penculikan, dan yang terbaru, jenis modus operandi bawa van dan berlegar-legar dihadapan sekolah menunggu pelajar sekolah yang pulang, jika dahulu mereka menunggu depan rumah jer, tapi cara itu mungkin tidak mendatangkan hasil sangat.

ada juga yang menyamar sebagai pelajar sekolah, ini sudah tentu mengaburi cikgu-cikgu yang berada daam sekolah tersebut, bayangkan, bila menyamar sebagai pelajar sekolah, masuk dalam sekolah - berpura-pura - dan buat-buat berkenalan dengan salah seorang pelajar perempuan khususnya - bila tamat waktu persekolahan - mengajak pelajar tersebut pulang sama-sama, pada masa itulah senang untuk di ngap!!..

jadi untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan yang lain, berhati-hati lah selalu, jenayah ada dimana-mana, dulu lain kita bebas untuk kemana sahaja,

berbalik kepada nostalgia ramadhan, zaman kanak-kanak sememangnya kreatif kan?


salah satu perkara yang menyeronokkan pada masa itu adalah mainan kegemaran ini.....korang mesti pernah main?

kumbang                                 
yang itu, korang pernah buat? tangkap kumbang dan ikat benang di leher nya buat main macam layang-layang?


belalang hijau

 yang ini pula belalang hijau,tangkap dan letak dalam botol, tenunglah sampai berbuka nanti... :)






belalang cengkerik
dan yang ini selalu tangkap, sebab bunyi nya lunak, boleh buat pertandingan dengan kawan-kawan, yang ni selalu tangkap selepas solat terawikh.



korang pula bagaimana? ada tak cerita-cerita yang boleh membangkitkan nostalgia ketika menyambut ramadhan?

Tuesday, July 1, 2014

MH370

Perdana menteri kata "MH370 berakhir di lautan hindi".


tapi,sebuah pengakhiran sebegitu tidak terlalu kukuh untuk menutup segala cerita, pelbagai cerita yang wujud sehingga kini cerita yang menyatakan bahawa H370 mungkin di cat dengan logo lain dan diletakkan dikawasan tertentu.

kadang-kadang banyak juga spekulasi dan teori logik jika difikirkan bersama,tetapi ianya tetap dibangkang oleh kerajaan pemerintah, seolah-olah ingin menutup kebenaran cerita tersebut.

dari masa ke semasa teruslah berlalu sehingga sekarang hari ketiga kita berpuasa dibulan ramadhan, mungkin ada berita baik pada aidilfitri nanti.

kalau kita berada dalam tempat keluarga mangsa-mangsa tersebut, mungkin kita akan turut bersedih, manakan tidak, ada sesetengah pihak mendakwa kesemua mangsa-mangsa telah dibayar untuk mencipta satu kontroversi.

aidilfitri bakal menjelang

Monday, June 30, 2014

permulaan sebuah cerita

salam ramadhan buat semua,

Permulaan sebuah cerita.....bukan lah penamat kepada penulisan.

apa yang ingin ditulis tidak bermakna akan menyinggung perasaan orang sekeliling dan anda semua, jika kita ada duit seringgit,sedangkan pada masa yang sama, ada member sebelah sangat-sangat memerlukannya, adakah kita akan beri kepada kawan tersebut?


Thursday, May 29, 2014

attitude....perempuan dan pakaian dot dot dot

umum tahu, kebanyakan orang orang zaman sekarang ini terutamanya perempuan lebih suka berpakaian menjolok mata...

kenapa ianya berlaku?

adakah kerana jahilnya pemahaman tentang ajaran agama?

tapi, kebanyakan perempuan zaman sekarang, tahap educatednya lebih tinggi daripada lelaki, tapi apa yang lemahnya perempuan adalah, suka menunjuk nunjuk bentuk badannya kepada umum, tak kira yang sudah berkahwin atau anak dara, semuanya tergolong.

ini yang dinamakan jahilnya tentang larangan berpakaian.

semuanya ingin mengikut fesyen terkini tanpa pedulikan tatacara berpakaian yang tidak menjolok mata.

kebanyakannya suka keluar dengan pakainya legging dan tshirt, kalau tutup punggung pun, jika berjalan-jalan, bonggol itu tetap nampak juga, boleh ke perempuan diluar sana mengubahnya?

belum masuk bab baju, dan tudung juga.

kalau bertudung pula, semua nak yang jenis fareeda, pakai tudung, tapi nampa bonjol2 dada.

kalau yang dah bersuami, fikir2kanlah?

tak kesian ke menambahkan dosa percuma kepada si penanggung dosa mu wahai wanita?

Sunday, May 11, 2014

patah tumbuh hilang berganti

"patah tumbuh hilang berganti"

begitulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan iklim pada suatu masa lalu...

1.tanpa kita sedari, semakin hari,,semakin ramai yang meninggalkan kita, orang yang begitu dekat dengan kita....dan berada jauh dengan kita, masing-masing pergi jauh.

2.kita yang masih berada disini sememangnya tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan olehNya.


Thursday, April 10, 2014

Kisah disebalik cerita DAJJAL

Seperti yang kita dengar dalam ceramah-ceramah agama, tentang dajjal ini adalah banyak versi.

tetapi jika kita dengar sepintas lalu, kita hanya membayangkan dajjal ini ada ilmu sihir,boleh menghaibkan diri dari suatu tempat ke tempat yang lain.

dan jika kita berfikir secara tersirat, dajjal ini akan muncul sebagai ketua negara, semua kekayaan dunia hanyalah dalam pemantauan nya sahaja,apa yang dia kehendaki "its is her hand".

dengan kata lain, perumpamaannya cukup mudah, kita boleh andaikan, antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, segala kekayaan negara adalah pada kerajaan pusat,dan negeri2 yang membangkangnya tidak akan disalurkan dana yang banyak, bekalan air tidak di bekalkan dengan cukup, pembangunan mundur 10tahun kebelakang dan begitulah perumpamaannya.

Wednesday, April 9, 2014

KISAH DISEBALIK DAJJAL

Pada aktikel terdahulu aku pernah tulis pasal dajjal....


Dan kali ini aku rasa ingin menulis perkara pasal DAJJAL lagi, Yang sememangnya perkara ini umat islam dan umat yang lain sedia maklum akan hal ini.

kemunculan dajjal adalah sinonim dengan hampirnya berlaku kiamat,dajjal akan datang dalam satu bentuk sahaja yang mana umat manusia pada masa tersebut tidak akan perasan kecuali bagi orang-orang yang soleh.

Umumnya pada masa sekarang,banyak ceramah-ceramah yang telah bercerita pasal dajjal ini, dikuliah agama,dimimbar masjid  dan lain-lain lagi tempat.

Dajjal akan datang hanya 40hari sahaja, tapi dimasa tersebut,kita boleh ibaratkan sehari macam sebulan, dimana pada saat itu dunia berada dalam keadaan tenat, manusia memerlukan makanan,keperluan asas, dan dajjal lah "penyelamat" bagi keadaan tersebut, siapa sahaja yang terikut dengan dajjal pada masa tersebut sukar untuk dijelaskan.Tapi, seboleh-bolehnya perlulah elakkan dari fitnah dajjal ini, Dajjal ini menguasai dunia, pada pandangan penulis, dajjal ini menguasai keperluan asas manusia didunia ini. siapa sahaja yang mengakui kekuasaan dajjal akan diberi segala kemewahan dunia pada masa tersebut.

Dan sekarang amat jelas sekali, kalau kita perhatikan, dunia kuasa-kuasa besar sedang giat untuk menakluki ekonomi negara-negara lain,dan akan menjadikan satu kuasa tunggal sahaja dalam bumi ini, dengan membuat perjanjian demi perjanjian, semuanya sudah diskripkan bagi mereka merealisasi hasrat tersebut.

Saturday, March 29, 2014

power bank & bateri murah

saja nak promote....

kalau ada siapa2 berminat....boleh pm..

Monday, March 17, 2014

MH370 suatu kebetulan atau perancangan?

Umum tahu...ni  sudah beberapa hari kehilangan kapal terbang mh370, namun...menteri2 semuanya menjawab dalam keadaan tenang....

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370

penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap Sebarang komen dibawah;


Sudah pun masuk hari ke 9 perjalanan pencarian pesawat terbabit,

Wednesday, March 5, 2014

birthday

selamat hari lahir...kepada...

Sunday, February 16, 2014

Pelajaran untuk hari ini

1.jangan sesekali pinjam duit dengan isteri.

Friday, February 14, 2014

sayangilah ibu bapa anda selagi ada



selalunya perkara ini banyak dalam drama tv, tapi perkara ini betul-betul terjadi kepada kawan aku yang terpaksa berulang alik untuk menghantar emaknya ke hospital...kejap!!..ini bukan cerita untuk mengungkit kebaikan anaknya kerana menghantar emaknya, dan sememangnya menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kedua ibu bapa sehingga ke akhirnya.


Kawan aku ini anak sulong,dan telah berkahwin anak seorang, dan ditakdirkan ibunya jatuh sakit dan perlu menghantar emaknya untuk rawatan susulan ke hospital yang jaraknya lebih kurang 200km dari tempat kerja,tapi sudah menjadi kewajipan anak terhadap ibunya. walaupun jauh, kawan aku ini tidak kisah, asalkan dia dapat menghantar emaknya ke hospital untuk menjalankan rawatan tersebut.

Dan dari sisi sebelah pula, insan yang sedarah sedaging kawan aku ini iaitu adiknya, juga telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, jarak dari rumahnya ke hospital adalah lebih kurang 40km sahaja, emaknya ada menyatakan kepada kawan aku ini, "biarlah pula si adik yang menghantar emak ke hospital, sebab kamu dah selalu hantar emak", tapi yang aku terkejutnya, si isteri adik kawan aku ini sanggup menghantar sms memaki kawan aku ini kerana dia menyuruh adiknya hantar emaknya ke hospital.

Dan jawapan si adik kawan aku kepada emaknya adalah, "sibuklah mak, susah nak dapat cuti".

so, kesimpulan dari cerita ini, korang dapat simpulkan sendiri. cuma aku nak bagitau, sayangilah ibu bapa anda selagi kedua-duanya masih korang dapat menatapi wajahnya, kelak kamu sendiri akan menyesal akan perbuatan diri sendiri, isteri boleh dicari, tapi kedia ibu bapa tiada galang ganti.





Wednesday, February 5, 2014

anniversary yang ke - 3

genap 05.02.2014 pada coretan ini ditulis, adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke - 3 bersama si dia.

1.coretan ini aku tulis adalah tidak lain hanya untuk memonumenkan memori masam manis di sini, jika aku tulis setiap tahun disini alangkah bagus juga ye?.

2.sememangnya setiap perkahwinan adalah perkara paling mengembirakan setiap pasangan, masing-masing ingin mengecapi kebahagian yang indah dan kekal abadi, apapun yang pasti, setiap perkahwinan yang dihadapi ada cerita yang tersendiri, tidak kurang juga dengan happy ending atau sebaliknya, semuanya terletak pada pasangan masing-masing yang mencorakkannya.

3.kita sebagai makhluk yang lemah ini tidak berupaya melawan takdir Allah s.w..tm kita hanya merancangnya sahaja, dan syaitan pula sebolehnya mencari jalan untuk memecahkan keharmonian rumahtangga, dan yang paling penting kita perlulah sabar dalam menempuhi liku-liku hidup yang mencabar pada masa kini.

4.no cake, no dinner, no face to face, terutamanya genap pada tarikh ulangtahun ini, apa boleh buat, jarak yang memisahkan disebabkan cari rezeki berjauhan, berlainan negeri, tapi jiwa tetap satu, jarak jauh ini sememangnya menguji jiwa dan mental kita sebagai insan yang lemah, tapi tak apa, hari masih ada, boleh juga menyambut "belated day", cuma tarikh tersebut terkehadapan sedikit dari tarikh sebenar.

loving you





5.Perhubungan jarak jauh juga memaksa kita lari daripada norma biasa yang ditempuhi setiap hari oleh pasangan yang lain (tinggal sebumbung) dimana banyak perkara boleh dilakukan bersama-sama, berbanding dengan "PJJ" yang perlu meningkatkan daya ketahanan mental dan emosi yang tinggi bagi berhadapan dengan suasana persekitaran.

6.Ulangtahun perkahwinan ini perlulah kita menyambut dengan cara yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

teringat aku kepada satu pepatah lama inggeris iaitu "jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit" - william shakespeare -

Tuesday, February 4, 2014

pengaruh music k.pop kepada islam~~

1.dalam kita tidak sedar, kemasukan budaya k.pop yang rancak kedalam industri seni malaysia sedikit sebanyak menimbulkan kesan negatif jangka masa panjang kepada anak muda bangsa kita khususnya.

2.dalam kita tidak menjangka, kesannya kepada pengaruh ini adalah terhadap anak-anak kita sendiri yang meniru tingkah laku artis tersebut.

3.perkara tersebut menjerumus kepada perangai anak-anak masa kini dan juga cara berpakaian serta terkinja-kinja menari tidak tahu hujung pangkal.

4.kesan daripada budaya tersebut juga akan mempengaruhi cara pergaulan anak-anak apabila besar kelak.

5.sebagai ibu bapa pada zaman Ini perlulah mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman sekarang dan perlu memantau setiap pergerakan anak-anak dan bukan macam zaman dahulu.

mana letaknya islam?

nama sahaja islam...tetapi suka memotong kanan kiri biarpun jalan sempit....bunyi nya macam kelakar bukan?

tapi itulah hakikatnya, islam menuntut kesabaran....bukan hanya pada sticker, bukan hanya pada bilangan anda pergi mendengar ceramah agama.

Tuesday, January 14, 2014

kangkung atau kingkong

aduh...

kecoh pasal kangkung.....PM berjaya naikkan rating sayuran tu sampai menjadikan ianya trending di facebook dan twitter.

yang menjadi isunya ucapan PM mengumumkan penurunan harga kangkung, dan bertanya kepada umum kenapa bila diturunkan, tak puji kerajaan, bila naikkan, marah kerajaan.

entah siapa la yang buat skrip tu, PM pun baca je la kan kot, nyer bagi turun harga kangkung buat apa, bukan semua rakyat malaysia bergantung hidup hari2 dengan kangkung, ada banyak lagi sayuran lain, tu pun satu je yang turun, yang naik, berlambak-lambak.

Kenapa kementerian yang sepatutnya tidak mengkaji atau menegaskan barang yang naik, tak turun-turun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...