Tuesday, October 28, 2014

Ada apa dengan RM2500?



Disaat kerajaan bertindak dan berfikir atas dasar semata-mata ingin Negara sahaja berpendapatan tinggi, tanpa menghiraukan “income” yang diperolehi oleh kebannyakan rakyat Malaysia, kalau ikutkan berapa ramai sahaja yang menjadi tauke-tauke kedai….berapa nisbah dengan yang makan gaji berbanding tauke-tauke.
Ok…mari ikut pecahannya…ini adalah perkiraan untuk 1 @ 2 senario bergantung kepada tahap income seisi rumah masing-masing,
Matematik mudah je ni..

RM2500? Kerajaan kata cukup dah untuk menampung perbelanjaan sebulan….

SENARIO 1:  HIDUP DI BANDARAYA dan isteri tidak bekerja:
Satu….apabila kita dapat RM2500, apa yang kita akan buat dahulu? Joli? Bei gadget? Belanja kawan-kawan? Saham akhirat? Dan segala macam lagilah!
Dengan RM2500, pada aku, akan buat beberapa perkara yang penting dahulu sebelum berbelanja makan dan minum.
RM2500:
1.tolak ansuran kereta (katakan pakai proton) dalam anggaran RM600 bakinya tinggal RM1900.

2.bayar bill entertainment (astro+internet+phone) yang masing-masing RM42.30 (pakej murah),RM132.05,RM130.00 dan bakinya tinggal lagi RM1595.65.

3.Hantar kat orang tua,adakalanya RM300,,,,jadi bakinya tinggal lagi RM1295.65.

4.spend untuk petrol RM250 so….tinggal lagi RM1045.65

5.Tak lupa…jika ada anak kecil….jangan abaikan susu anak….try tolak untuk 4 kotak terus RM260.40 baki bersih RM785.25.

6.Isteri berkeinginan hendak makan di luar pula….so…spend RM250 untuk makan2…dinner…dan singgah pula ke pasaraya anak hendak mainan…kuarkan plak RM100 tinggallah baki RM435.25…

Jadi….baru beberapa hari dapat gaji….baki bersih dah tinggal sebanyak itu….ada lagi 30hari untuk gaji seterusnya…anda sepatutnya makan je makanan dari rumah jika berasakan tidak boleh berdisiplin untuk makan di luar yang memaksa anda untuk berbelanja sebanyak RM14.50/hari sehinggalah gaji seterusnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...