Friday, February 22, 2013

tahap download~~~

kelajuan masa kini

Thursday, February 21, 2013

perempuan

perempuan cukup istimewa, begitu juga dengan sikap dan caranya,


Sunday, February 17, 2013

di antara dajjal, yakjud makjud dan manusia

as salam semua pembaca, berkaitan dajjalm yakjud makjud dan manusia saya akan bercerita nanti.

Saturday, February 16, 2013

valentine day dan orang melayu islam

pemangsa dan mangsa, tulah senario zaman sekarang, tapi diolah kepada suka sama suka, kalau tak didik anak-anak, begitulah jadinya, dengan K-pop nya, dengan cerita koreanya, dengan cerita2 yang menghairahkan, akan mempengaruhi anak-anak kita.

Ibu bapa seharusnya didik anak dengan lebih tegas lagi, sebabnya, pendidikan bermulanya dari rumah.
kalau tak pandai didik, begitulah jadinya, penyakit sosial yang bermaharajalela akan terus menyesatkan bangsa kita, terutama orang melayu yang tak sedar diri.

orang tua-tua cakap, "sayang anak tangan-tangankan".

Friday, February 15, 2013

gempar!! meteor terhempas di rusia

objek dipercayai telah terhempas di Rusia, 500 orang didapati tercedera...

Thursday, February 14, 2013

ustaz puaka

'USTAZ PUAKA", rasanya itulah kot gelaran yang boleh diberikan kat seorang ustaz ni, memang dah naik hantu agaknya, ada ke patut belasah budak, anak yatim pulak tu.

kalau ya pun, tak patut ustaz tu perlakukan begitu keatas budak tu, mungkin jugak dia bergaduh dengan isterinya kat rumah sebelum tu, jadi lepaskan kemarahan kat budak-budak sekolah.

klik berita untuk lebih lanjut

korang rasa macam mana?

Wednesday, February 13, 2013

it's wednesday

Kalau dulu, Dr Mahathir cakap, malaysia ni banyak sangat cuti umum, untuk dengan mengurangkan cuti, akan lebih meningkatkan lagi produktiviti.

tapi sekarang cerita itu sudah berlalu begitu sahaja tanpa ada pemimpin lain yang bangkitkannya, cuma yang hangat dibangkitkan sekarang adalah tentang "gaji", perkara ni selalu ada yang tidak puas hati dikalangan rakyat.

selalu juga dengar ucapan daripada presiden dari mana-mana agensi yang menyarankan kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum rakyat dimalaysia, tiada pula yang menyarankan dikaji semula kadar cuti umum dimalaysia.

semua orang suka cuti, termasuklah aku sendiri, tapi tindakan yang diambil sesetengah pihak menunjukkan ianya tidak lebih kepada ingin memenangi hati rakyat semata-mata, kerana benda tersebut adalah yang popular dimata rakyat macam aku ni.

tapi ingatlah, kalau banyak sangat cuti, lama-lama akan jadi malas, dan sekarang ni baru saja lepas cuti sambutan tahun baru cina, satu cuti yang panjang, mood kembali ke tempat kerja tentunya pun malas kan?

so, buang-buangkan lah sikap tersebut, untuk memajukan diri sendiri dan juga Negara yang tercinta ni, wawasan 2020 biarlah tersemat di hati sanubari setiap rakyat dimalaysia supaya cucu cicit dapat meneruskan kesinambungan dimasa akan datang.

Tuesday, February 12, 2013

kegembiraan musim perayaan

ok....cuti raya cina sudah habis, setkan mood kerja anda semula.

Friday, February 8, 2013

kisah seluar dalam perempuan

aduhai....

angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba je ada beberapa helai seluar dalam perempuan dalam dapur rumah aku.

Thursday, February 7, 2013

happy chinese new year

Alhamdulillah....

musim perayaan tiba lagi, khususnya untuk warga cina dimalaysia, setiap kali musim perayaan, jalan comfirm jem, untuk mengelakkan jem, ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama-sama:

1. cuba drive melawan arus, pasti tiada kesesakan yang melanda anda.

2. jangan keluar waktu orang ramai semua hendak keluar, pilihlah masa yang sesuai.

3.pastikan sesebuah kenderaan dinaiki tidak kurang dari seorang.

4.cuba bawak laju sikit, jangan terlalu perlahan sehingga menyusahkan orang lain.

dan musim perayaan juga banyak rumah-rumah ditinggalkan kosong beberapa hari, untuk lebih keselamatan, pastikan semuanya dipastikan selamat sebelum meninggalkan rumah.

"get more prosperity, better than you get more quantity"

Wednesday, February 6, 2013

juruteknik nyaris dinoda

ps: sekarang ni bahaya jalan sorang-sorang tak kira siang dan malam....so kepada semua...please be carefull
     terutama kepada perempuan

Tuesday, February 5, 2013

alahai politik....

aku rasa sejak hari pertama PRU12....kisah politik ni tak habis-habis......

baik UMNO, PKR, DAP, PAS, BEBAS dan sebagainya, semuanya hentam satu sama lain.

dan politik jugak tak menguntung sangat pun kita sebagai rakyat ni, tapi sudah diberi tanggungjawab kita untuk memilih siapa yang akan menerajui malaysia ni, dan orang yang akan menerajui malaysia adalah terdiri daripada parti-parti politk yang terpilih tadi.

dan kita ni tidaklah berapa nak untung sangat, tak kiralah siapa yang akan memimpin.

sudah nama politik, berjanji macam-macam, rakyat tak dapat apa sangat, tp disebabkan kita sudah dibiasakan diri dengan subsidi dan pinjaman-pinjaman sebagainya, kita macam manja sikit.

dan yang terbaru pulak cerita pasal KWSP, ada yang kata macam-macam, duit lesap la, sia-sia bayar la, kerajaan guna sesuka hati la, menjejaskan simpanan la, bila baca komen-komen tersebut dalam facebook, aku pikir, yang tulis komen tak pikir dahulu barangkali, main hentam saja. nak kata bodoh,semua belaja tinggi-tinggi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...