Wednesday, February 13, 2013

it's wednesday

Kalau dulu, Dr Mahathir cakap, malaysia ni banyak sangat cuti umum, untuk dengan mengurangkan cuti, akan lebih meningkatkan lagi produktiviti.

tapi sekarang cerita itu sudah berlalu begitu sahaja tanpa ada pemimpin lain yang bangkitkannya, cuma yang hangat dibangkitkan sekarang adalah tentang "gaji", perkara ni selalu ada yang tidak puas hati dikalangan rakyat.

selalu juga dengar ucapan daripada presiden dari mana-mana agensi yang menyarankan kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum rakyat dimalaysia, tiada pula yang menyarankan dikaji semula kadar cuti umum dimalaysia.

semua orang suka cuti, termasuklah aku sendiri, tapi tindakan yang diambil sesetengah pihak menunjukkan ianya tidak lebih kepada ingin memenangi hati rakyat semata-mata, kerana benda tersebut adalah yang popular dimata rakyat macam aku ni.

tapi ingatlah, kalau banyak sangat cuti, lama-lama akan jadi malas, dan sekarang ni baru saja lepas cuti sambutan tahun baru cina, satu cuti yang panjang, mood kembali ke tempat kerja tentunya pun malas kan?

so, buang-buangkan lah sikap tersebut, untuk memajukan diri sendiri dan juga Negara yang tercinta ni, wawasan 2020 biarlah tersemat di hati sanubari setiap rakyat dimalaysia supaya cucu cicit dapat meneruskan kesinambungan dimasa akan datang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...