Thursday, April 10, 2014

Kisah disebalik cerita DAJJAL

Seperti yang kita dengar dalam ceramah-ceramah agama, tentang dajjal ini adalah banyak versi.

tetapi jika kita dengar sepintas lalu, kita hanya membayangkan dajjal ini ada ilmu sihir,boleh menghaibkan diri dari suatu tempat ke tempat yang lain.

dan jika kita berfikir secara tersirat, dajjal ini akan muncul sebagai ketua negara, semua kekayaan dunia hanyalah dalam pemantauan nya sahaja,apa yang dia kehendaki "its is her hand".

dengan kata lain, perumpamaannya cukup mudah, kita boleh andaikan, antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, segala kekayaan negara adalah pada kerajaan pusat,dan negeri2 yang membangkangnya tidak akan disalurkan dana yang banyak, bekalan air tidak di bekalkan dengan cukup, pembangunan mundur 10tahun kebelakang dan begitulah perumpamaannya.

Wednesday, April 9, 2014

KISAH DISEBALIK DAJJAL

Pada aktikel terdahulu aku pernah tulis pasal dajjal....


Dan kali ini aku rasa ingin menulis perkara pasal DAJJAL lagi, Yang sememangnya perkara ini umat islam dan umat yang lain sedia maklum akan hal ini.

kemunculan dajjal adalah sinonim dengan hampirnya berlaku kiamat,dajjal akan datang dalam satu bentuk sahaja yang mana umat manusia pada masa tersebut tidak akan perasan kecuali bagi orang-orang yang soleh.

Umumnya pada masa sekarang,banyak ceramah-ceramah yang telah bercerita pasal dajjal ini, dikuliah agama,dimimbar masjid  dan lain-lain lagi tempat.

Dajjal akan datang hanya 40hari sahaja, tapi dimasa tersebut,kita boleh ibaratkan sehari macam sebulan, dimana pada saat itu dunia berada dalam keadaan tenat, manusia memerlukan makanan,keperluan asas, dan dajjal lah "penyelamat" bagi keadaan tersebut, siapa sahaja yang terikut dengan dajjal pada masa tersebut sukar untuk dijelaskan.Tapi, seboleh-bolehnya perlulah elakkan dari fitnah dajjal ini, Dajjal ini menguasai dunia, pada pandangan penulis, dajjal ini menguasai keperluan asas manusia didunia ini. siapa sahaja yang mengakui kekuasaan dajjal akan diberi segala kemewahan dunia pada masa tersebut.

Dan sekarang amat jelas sekali, kalau kita perhatikan, dunia kuasa-kuasa besar sedang giat untuk menakluki ekonomi negara-negara lain,dan akan menjadikan satu kuasa tunggal sahaja dalam bumi ini, dengan membuat perjanjian demi perjanjian, semuanya sudah diskripkan bagi mereka merealisasi hasrat tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...