Saturday, May 18, 2013

mahal tak semestinya bagus, murah tak semestinya tak bagus..

manusia memang macam tajuk diatas, seperti sudah terkena psyco murahan oleh ketaksuban menilai keatas sesuatu benda pada zahirnya.

bukan nak menilai pada batinnnya, lumrah manusia jenis yang tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada, mulut cakap lain, hati cakap lain, tangan pegang senduk, dalam hati menyumpah-yumpah, begitulah seterusnya, jika ada yang terasa sedar-sedarlah.

banyak juga yang murah sedap n berkualiti, tapi tak ramai yang hargainya.

Saturday, May 11, 2013

How to use...c

list yang ke 4 nampaknya ramai lagi yang tiada kesedaran......



PKR vs UMNO 2

 MASIH DALAM MOOD SELEPAS PRU-13

pilihan raya dah habis, ketua-ketua parti tak habis-habis terpekik terlolong sana sini, yang menang senyap sepi, yang kalah bising bingit, adat pertandingan, ada kalah ada menang, tak gitu?

yang menang seolah-olah sedang merangka sesuatu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mandat yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.

jika kita patah sedikit ke belakang sekitar lebih kurang setahun sebelum pilihan raya 13, kerajaan pemerintah beri macam-macam kepada rakyat, pelbagai skim, dan juga kalau kita perasan, GST? korang tau GST tu apa? lebih kurang cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat lah untuk setiap pembelian barang.

ok, kalau korang perasan, dalam tempoh tersebut, korag perasan tak bahawa tiada kadar GST yang dikenakan semasa membeli belah  keperluan isi rumah contohnya. itu sebelum pilihan raya lah. dan yang aku perasan lagi selepas pilihan raya, kadar GST tersebut telah wujud semula. memang kerajaan pemerintah dah perkenalkan lama dah perkara ni, cuma, yelah..bila tiba saat hendakkan sesuatu. perkara yang membebankan rakyat di jauhkan sementara dari rakyat, dan bila selepas dapat sesuatu yang dihajati, perkara tersebut diletakkan semula atas bahu rakyat yang kebanyakannya rasa terbeban diatas kadar tersebut.

aku bukan nak marahkan kerajaan pemerintah, cuma geram, dah lumrah manusia, perbagai janji ditaburi, pelbagai masalah ditemui.

dan untuk parti yang kalah, jangan putus asa, sinar tak akan muncul dengan terlalu cepat, lambat laun akan perolehi kejayaan jugak, kalau bukan "INI KALI LAH" jangan lupa untuk ucapkan "LAIN KALI LAH" semoga kekalahan kali ini terus diperbaiki untuk perjuangan akan datang.

parti pembangkang yang ada sekarang diharap boleh check and balance dengan kerajan dalam dewan parlimen demi kebaikan rakyat malaysia khususnya.

Monday, May 6, 2013

BN MENANG LAGI....TAPI

MANDAT 5TAHUN DIBERIKAN RAKYAT....

YG HAIRANNYA ADALAH PENGUNDI YANG SEAKAN-AKAN WARGA ASING...banyak dipost oleh orang ramai dalam facebook.

kalau ikut pada mainstream BN, orang-orang tersebut dikatakan mamak or india, pada pandangan aku lah, aku masih lagi dapat membezakan antara mamak, india or foreigner etc bangla, nepal, or vietnam.

tak salah jika sesiapa menang, tapi kalau bab bawa mengundi macam tuh, memang aku marah la.

baik biarkan je orang-orang bangla yang mengundi calon-calon politik dimalaysia ni.

WALLAHUALAM

Sunday, May 5, 2013

tips mengelakkan kereta dicuri

 topik yang aku nak tulis kali ni berkisarkan pasal tips-tips untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kereta anda dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
stereng lock
lock tambahan

gambar-gambar kat atas aku rasa tak perlu nak huraikan dengan lebih lanjut sebab daripada gambar tu korang dah tahu kan bagaimana nak tambahkan safety kat kenderaan korang.

tapi biasalah, kadang-kadang kita sendiri yang tak berapa nak cakna kepada keperluan masing-masing.

satu tips lagi yang aku rasa cukup berkesan adalah jika korang ada beberapa buah kereta dan kawasan perumahan korang tidaklah begitu selamat, eloklah parking kenderaan korang sentiasa berubah-berubah tempat supaya ianya tidak di "perhatikan" oleh pencuri...mungkin ianya membantu sedikit sebanyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...