Saturday, May 11, 2013

PKR vs UMNO 2

 MASIH DALAM MOOD SELEPAS PRU-13

pilihan raya dah habis, ketua-ketua parti tak habis-habis terpekik terlolong sana sini, yang menang senyap sepi, yang kalah bising bingit, adat pertandingan, ada kalah ada menang, tak gitu?

yang menang seolah-olah sedang merangka sesuatu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mandat yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.

jika kita patah sedikit ke belakang sekitar lebih kurang setahun sebelum pilihan raya 13, kerajaan pemerintah beri macam-macam kepada rakyat, pelbagai skim, dan juga kalau kita perasan, GST? korang tau GST tu apa? lebih kurang cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat lah untuk setiap pembelian barang.

ok, kalau korang perasan, dalam tempoh tersebut, korag perasan tak bahawa tiada kadar GST yang dikenakan semasa membeli belah  keperluan isi rumah contohnya. itu sebelum pilihan raya lah. dan yang aku perasan lagi selepas pilihan raya, kadar GST tersebut telah wujud semula. memang kerajaan pemerintah dah perkenalkan lama dah perkara ni, cuma, yelah..bila tiba saat hendakkan sesuatu. perkara yang membebankan rakyat di jauhkan sementara dari rakyat, dan bila selepas dapat sesuatu yang dihajati, perkara tersebut diletakkan semula atas bahu rakyat yang kebanyakannya rasa terbeban diatas kadar tersebut.

aku bukan nak marahkan kerajaan pemerintah, cuma geram, dah lumrah manusia, perbagai janji ditaburi, pelbagai masalah ditemui.

dan untuk parti yang kalah, jangan putus asa, sinar tak akan muncul dengan terlalu cepat, lambat laun akan perolehi kejayaan jugak, kalau bukan "INI KALI LAH" jangan lupa untuk ucapkan "LAIN KALI LAH" semoga kekalahan kali ini terus diperbaiki untuk perjuangan akan datang.

parti pembangkang yang ada sekarang diharap boleh check and balance dengan kerajan dalam dewan parlimen demi kebaikan rakyat malaysia khususnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...