Wednesday, February 5, 2014

anniversary yang ke - 3

genap 05.02.2014 pada coretan ini ditulis, adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke - 3 bersama si dia.

1.coretan ini aku tulis adalah tidak lain hanya untuk memonumenkan memori masam manis di sini, jika aku tulis setiap tahun disini alangkah bagus juga ye?.

2.sememangnya setiap perkahwinan adalah perkara paling mengembirakan setiap pasangan, masing-masing ingin mengecapi kebahagian yang indah dan kekal abadi, apapun yang pasti, setiap perkahwinan yang dihadapi ada cerita yang tersendiri, tidak kurang juga dengan happy ending atau sebaliknya, semuanya terletak pada pasangan masing-masing yang mencorakkannya.

3.kita sebagai makhluk yang lemah ini tidak berupaya melawan takdir Allah s.w..tm kita hanya merancangnya sahaja, dan syaitan pula sebolehnya mencari jalan untuk memecahkan keharmonian rumahtangga, dan yang paling penting kita perlulah sabar dalam menempuhi liku-liku hidup yang mencabar pada masa kini.

4.no cake, no dinner, no face to face, terutamanya genap pada tarikh ulangtahun ini, apa boleh buat, jarak yang memisahkan disebabkan cari rezeki berjauhan, berlainan negeri, tapi jiwa tetap satu, jarak jauh ini sememangnya menguji jiwa dan mental kita sebagai insan yang lemah, tapi tak apa, hari masih ada, boleh juga menyambut "belated day", cuma tarikh tersebut terkehadapan sedikit dari tarikh sebenar.

loving you





5.Perhubungan jarak jauh juga memaksa kita lari daripada norma biasa yang ditempuhi setiap hari oleh pasangan yang lain (tinggal sebumbung) dimana banyak perkara boleh dilakukan bersama-sama, berbanding dengan "PJJ" yang perlu meningkatkan daya ketahanan mental dan emosi yang tinggi bagi berhadapan dengan suasana persekitaran.

6.Ulangtahun perkahwinan ini perlulah kita menyambut dengan cara yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

teringat aku kepada satu pepatah lama inggeris iaitu "jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit" - william shakespeare -

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...