Friday, February 14, 2014

sayangilah ibu bapa anda selagi ada



selalunya perkara ini banyak dalam drama tv, tapi perkara ini betul-betul terjadi kepada kawan aku yang terpaksa berulang alik untuk menghantar emaknya ke hospital...kejap!!..ini bukan cerita untuk mengungkit kebaikan anaknya kerana menghantar emaknya, dan sememangnya menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kedua ibu bapa sehingga ke akhirnya.


Kawan aku ini anak sulong,dan telah berkahwin anak seorang, dan ditakdirkan ibunya jatuh sakit dan perlu menghantar emaknya untuk rawatan susulan ke hospital yang jaraknya lebih kurang 200km dari tempat kerja,tapi sudah menjadi kewajipan anak terhadap ibunya. walaupun jauh, kawan aku ini tidak kisah, asalkan dia dapat menghantar emaknya ke hospital untuk menjalankan rawatan tersebut.

Dan dari sisi sebelah pula, insan yang sedarah sedaging kawan aku ini iaitu adiknya, juga telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, jarak dari rumahnya ke hospital adalah lebih kurang 40km sahaja, emaknya ada menyatakan kepada kawan aku ini, "biarlah pula si adik yang menghantar emak ke hospital, sebab kamu dah selalu hantar emak", tapi yang aku terkejutnya, si isteri adik kawan aku ini sanggup menghantar sms memaki kawan aku ini kerana dia menyuruh adiknya hantar emaknya ke hospital.

Dan jawapan si adik kawan aku kepada emaknya adalah, "sibuklah mak, susah nak dapat cuti".

so, kesimpulan dari cerita ini, korang dapat simpulkan sendiri. cuma aku nak bagitau, sayangilah ibu bapa anda selagi kedua-duanya masih korang dapat menatapi wajahnya, kelak kamu sendiri akan menyesal akan perbuatan diri sendiri, isteri boleh dicari, tapi kedia ibu bapa tiada galang ganti.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...