Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

cuti-cuti

kerja dari hari isnin hinggalah ke hari sabtu, 6 hari seminggu buat aku rasa malas nak pegi mana-mana, bukan apa, satu hari free, rasa nak rileks aja lah kan, kecualilah jika ada cuti rotation sabtu skali skala boleh jugak aku pegi jalan-jalan ke, balik kampung ke.

tinggal lagi sebulan masa untuk wife ku menghabiskan sisa-sisa cutinya, al maklumlah, orang bersalin, cuti bersalin dapat 2 bulan, kalau gomen, dapatlah 3 bulan, ramai yang cakap, cuti lama-lama, last-last lupa nk masuk keje n keje sebagai suri rumah je pas tu.


bersambung..............


Tuesday, February 7, 2012

cuti 3: thaipusam day

selangor cuti lagi nampaknya hari ini, dan pada sesetiap kali 'public holiday' serta kena pada harinya, maka berpusu-pusulah orang ramai balik ke Kampung.

ini adalah peluang, dan peluang yang jarang-jarang dapat ni, termasuklah aku, tidak akan dilepaskan begitu sahaja, maklum sajalah dengan cuti yang susah nak dapat dan kalau boleh disuruh kerja 7 hari seminggu.

itu pada boss lah, kalau pada pekerja, cuti itu mesti, kadang-kadang perlukan cuti, minta sajalah, diluluskan atau tak itu terpulang.


ni pun aku saja gatal-gatal tangan hendak menulis, hari yang lepas aku tulis pasal cuti, cuti 2 dan kali ni, cuti 3, banyak tulisan berkisarkan cuti saja di Malaysia ni kan. bukan tak suka cuti, tapi cukup sinonim dengan warga kita, ada yang masuk kerja 1st day, terus tengok kalendar bila cuti.


tak sakit ke diaorang nih?

hari ni cuti sempena taipusam, seperti biasa, orang ramai akan memenuhi gua batu Cave, untuk bersembahyang (bagi kaum india), manakala yang cucuk-cucuk badan dengan besi tu adakah satu ritual pemujaan? atau untuk buang segala dosa lampau?




Monday, November 28, 2011

sekarang ni ada lagi ke jenis duduk atas batang pisang?

hello hello...

sekarang ni kan musim cuti sekolah, tambah-tambah lagi sekarang ni pulak musim hujan, maka sejuk lah budak-budak nie, kan?

so, ramai tak ibu ayah yang sudah mempunyai plan nak bawa anak-anak ke klinik, tok mudim, untuk potong anu  sedikit kelopak kemaluan anak mereka, sebagai umat islam, bende ni memang wajib dilaksanakan bagi menjamin kebersihan jasmani generasi akan datang.

jadi, berduyun-duyunlah ibu ayah yang membawa anak mereka ke pusat-pusat pemotongan tersebut.
jadi, mestilah tunaikan tanggungjawab itu ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...