Showing posts with label politik semasa. Show all posts
Showing posts with label politik semasa. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

politik kedah

apa nak jadi dengan politik sekarang...

orang politik semua tamak kuasa..

kebajikan rakyat tak dibela sama rata...kalau ada pun nak menyedapkan rakyat sahaja...lama2 biarkan begitu sahaja.

Wednesday, July 6, 2011

huru hara kotor

 haih....baru bercadang hendak ke KL 9hb nt, tiba-tiba terlintas dalam kepala satu demonstrasi jalanan anjuran ambiga n konco-konconya.

komen aku:
1.menyusahkan orang ramai.
2.perangai macam apa ntah, terpekik2 tgh jalan.
3.rata-rata bangsa melayu yang banyak terlibat dalam benda ni.


logo semata-mata



SAY NO TO BERSIH (bersih la konon, nih la kerjanya, menggunakan rakyat membuat demonstrasi jalanan).

lebih banyak kekotoran yang timbul dari BERSIH.

orang-orang yang terlibat dapat apa?

siapa yang untung dalam politik kotor ni?

aku bukan nak sokong sesiapa, tapi meluat, bilamana ada pemimpin nak menjadikan BERSIH ni macam kat MESIR baru-baru ini.


kesan akibat demonstrasi boleh dilihat disini:
1.huru hara.

2.kesan negatif daripada orang asing.

3.tiada produktif.

4.pemimpin yang untung.

5.rakyat bazir masa, tenaga dan sia-sia dipergunakan.


Sunday, June 26, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

wopsss!!!!
tulis pasal isu politik sikit.
korang suka tak perhimpunan?
dulu-dulu masa sekolah seingat aku..ramai yang tidak suka dengan perhimpunan pagi.
masing-masing duduk dalam kelas @ melepak dengan kawan2 di dalam kelas..kan?

then, kalau kantoi dengan cikgu, ada yang kene denda, dan denda itu termasuklah, rotan, berdiri
atas kerusi, meja dan sebagainya.
dan apabila besar pula, nak kata dididik, dah sekolah sejak dari umur 7 tahun lagi...
mudah terhasut dengan perkara-perkara yang tidak diketahui kesahihannya.
ini adalah mainan orang-orang politik saja.
kita dapat untung ke dengan berhimpun beramai-ramai menyertai rusuhan jalanraya, menyesakkan bandar.
benda-benda inilah yang menyusahkan pengguna-pengguna lain yang tidak terlibat dengan perhimpunan ini.

please lah, jangan lah memperbodohkan diri dengan menyusahkan orang ramai.
bayangkan, pemandu yang tersekat dalam keadaan tersebut, berjam-jam dalam kereta tidak bergerak,
macam mana hendak membeli belah, beli persiapan ramadan, persiapan aidilfitri.
kalau benda ni berlaku kat korang macam mana?

Monday, November 15, 2010

Daud vs Gergasi Jalut

ZAID Ibrahim mempunyai karakter seorang ahli politik yang sebenar. Beliau memiliki tenaga, stamina dan keupayaan mental untuk bertahan daripada asakan, kekecewaan dan kegagalan.
Apabila Zaid yang menarik diri daripada pemilihan Timbalan Presiden PKR Isnin lalu mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengundurkan diri daripada parti itu bagi menyelamatkan PKR yang dilanda penyelewengan politik, beliau melakukannya dengan penuh bersemangat.
Masalah dengan Zaid ialah beliau menghentam serentak Anwar dan Azmin, dua pemimpin kanan PKR yang mempunyai hubungan yang terlalu simbiotik.
Azmin merupakan pemuja Anwar sejak muda. Anwar pula amat mempercayainya.
Ketika Anwar berusia 40 tahun pada 1987, beliau melantik Azmin yang baru berumur 23 tahun sebagai pegawai khasnya di Kementerian Pelajaran sebelum dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada tahun 1989. Azmin memegang jawatan itu pada usia 25 tahun.
Waktu Anwar berada di puncak kuasa sebagai Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan antara 1993 dan 1998, Azmin merupakan tangan kanan dan orang harapan di pejabat beliau. Azmin terlibat secara langsung dengan permainan kuasa dan intrik dalaman politik Anwar.
Azmin amat setia. Dia berada di sisi Anwar baik ketika Ketua Pembangkang itu tersungkur, dihina, dipenjara mahupun setelah kembali semula merasai sedikit kuasa.
Azmin masih muda. Dia kini baru berusia 46 tahun. Bagaimanapun, hubungan peribadi dan politiknya dengan Anwar telah pun melebihi 23 tahun. Ertinya lebih separuh daripada usia Azmin dihabiskan di koridor politik bersama Anwar, musim demi musim, dengan kesetiaan tidak berbelah bagi.
Zaid yang berani dan maverick harus sedar bahawa beliau berhadapan dengan personaliti ini dalam PKR. Beliau menentang satu gandingan yang tidak pernah terfikir dapat dirobohkan. Malah ada orang percaya tidak mungkin Zaid dapat meruntuhkannya.
Episod Zaid menentang Anwar dan Azmin dalam PKR umpama mengembalikan kisah mustahil pertembungan David lawan Goliath, atau dalam bahasa Melayunya Daud lawan Gergasi Jalut, sebuah kisah politik dan agama dari Asia Barat. Telah lebih 2,000 tahun kisah itu menjadi inspirasi kepada mana-mana ahli politik underdog. Ia juga mungkin memberi ilham kepada Zaid.
Kita tidak tahu siapa yang akan menang, siapa yang berkubur dan apakah kesan limpahan perseteruan terbaru PKR antara Zaid, Anwar dan Azmin. Namun, yang pasti, seperti juga Anwar dan Azmin, Zaid mempunyai karakter unik ahli politik, dan ia menjadikan permusuhan tersebut menyeronokkan untuk dilihat apakah bentuk penamatnya.
Zaid sukakan cabaran. Beliau meminati kuasa. Beliau bercita-cita tinggi. Beliau inginkan kemenangan.
Peguam terkenal dari Kota Bharu itu sudah pasti memerlukan keajaiban, sokongan dan bantuan kawan-kawannya dalam PKR untuk menumbangkan Anwar dan Azmin.
Selain itu, sudah pasti beliau juga memerlukan pertolongan Tuhan sebagaimana kisah Daud menentang Gergasi Jalut.
Dalam menangani krisis yang penutupnya amat mengesankan dan bakal membentur PKR, adalah menarik untuk dianalisis peranan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang secara kebetulan merupakan isteri Anwar.
Dapatkah Zaid meraih simpati Wan Azizah?


sama-sama kita melihatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...