Showing posts with label ramadan 2011. Show all posts
Showing posts with label ramadan 2011. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

tak bayar, tak boleh raya...

 dah bayar zakat ke belum!

tengah2 bulan puasa ni, jangan lupa bayar zakat wahai sahabat-sahabat ku diluar sana, penting ni bagi yan berkemampuan...

kadar bayaran zakat adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.

jika tidak ada masa, kaunter-kaunter juga dibuka di setiap pasaraya yang berhampiran bagi memudahkan orang yang tidak ada masa pada hari-hari bekerja.

so, inilah masanya untuk kita menyucikan pendapatan kita.

dan sebagai bonus untuk diri sendiri..

aku dah bayar  


tunaikan tanggungjawab yang ini dahulu sebelum membuat persiapan syawal...

kalau tak bayar zakat, tidak boleh raya..hehe.

Thursday, August 4, 2011

morning semua

morning....
hari ni dah hari ke empat kita berpuasa, harap-harap korang semua tidak meninggalkan puasa yer....


dan juga solat 5 waktu sehari semalam....


kalo puasa, tapi tak solat, pun tidak guna....."renung-renungkan dan selamat beramal"


Thursday, July 28, 2011

puasa dalam keadaan junub

soalan:

jika suami isteri melakukan hubungan kelamin lalu tertidur hingga terbit fajar,
bagaimana dengan puasa mereka pada hari itu?

insan, gombak, Selangor

jawapan:

Puasa mereka tetap sah, apabila sedar, hendaklah mereka Mandi Wajib, mendirikan solat Subuh dan meneruskan puasa seperti biasa, ini merujuk kepada Sunnah Rasulullah sendiri yang pernah melakukan hubungan dengan Isteri Baginda di malam Ramadhan dan hanya Mandi Wajib sesudah terbitnya fajar  {Shahih al-bukhari}, no; 1925, 1926}

Wednesday, July 20, 2011

Kepentingan Menjaga Solat

Hadith: 
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.  
 
 
 
Huraian Hadith: 
 
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Friday, July 8, 2011

kenapa last minit???

ramadan dah dekat......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...