"saya mendengar suara ghaib suruh mengikutinya", itulah ungkapan seorang lelaki yang hilang baru-baru nih, telah dijumpai semula, kalau diperhatikan dengan logik akal lah kan, sekali pandang lelaki tersebut, kita sendiri maklum yang dia bukannyer diculik, dengan berpakaian kemasnya, senyumnya meyakinkan lagi bahawa dia tidak di culik nak dikatakan jin yang suruh, mustahil, sukar untuk dipercayai. lelaki tuh dengan educationnya yang tinggi, lepasan docter gitu, aku rasa ade 'something wrong' dalam diri nya, sebabnya ni bukanlah kali pertama kejadian ni berlaku keatas lelaki tuh, masuk nih, dah kali kedua, dengan "pattern' yang sama, suara yang sama. ingat lagi tak kejadian yang berlaku di gemencheh, negeri sembilan, awal tahun baru2 nie, dia juga mengatakan mendengar suara ghaib, melihat juga pada educationnya, menjelaskan dia bukanlah calang2 orang etc, mat rempit, mat pit, mat pong, tidak sama sekali, dia berpendidikan agak tinggi jugak lah kan, degree, dan bekas pegawai bank, dan akhirnya melakukan kerja-kerja yang diluar batas perikemanusiaan hanya berdasarkan "suara ghaib" yang didengarinya. berbalik kisah yang awal2 tadi, perkara ini lebih kurang sama, cuma perangai je lain. dan yang berlaku di "gemencheh", pelakunya mendapati mengalami gangguan mental, itupun dengan hanya ujikaji yang dilakukan setelah berlakunya kejadian terbabit. aku rasa elok benar kalau lelaki tadi cepat-cepat pegi jumpa dengan pakar neorologi, mungkin boleh mengenalpasti kalau-kalau ada wayanr yang rosak, supaya boleh dibaiki dengan segera. itulah sedikit sebanyak pendapat aku dengan kisah yang berlaku itu, umum tahu bahawa kejadian tersebut bukanlah kes terpencil, dan kes seperti ini direkodkan sebagai kes yang sedang meningkat naik, seiring dengan pembangunan pesat dan sosialism masyarakat yang sering terdedah dengan tekanan, jenayah. perkara tersebut boleh lah kita selesaikan dengan mendalami ilmu agama islam dengan sebaik mungkin, tidak meninggalkan suruhan Allah S.W.T.
*diulas daripada berita
0 comments:
Post a Comment