Wednesday, June 29, 2011

RAKYAT dan LYNAS

ada banyak kat pahang



Apa yang aku tahu, ramai yang tentang habis-habisan LYNAS  nih, dengarnya akan dibuka di gebeng, kuantan, diaorang boikot sana sini di sekitar nya, pakcik, makcik, abg adik turun padang, tak terkecuali jugak orang2 politik, pun turun, mungkin untuk menunjukkan bahawa diaorang cukup cakna pada keadaan sekeliling @ terdesak.
Sebelum nih, aku jugak tak tahu apa itu lynas, sbb baru2 ni aku ternampak la satu sticker pada cermin kete ayah aku, Tanya kakak, dia cakap kurang pasti pulak apa bende lynas tu, kemudian selepas itu, selang 2 3 minggu selepas ternampak LYNAS tu, ada terbaca kat surat khabar & internet, fuhh!! Terkejut jugak la mula2 baca, baru tahu yang lynas nih adalah satu company pemprosesan nadir bumi, dan bersangkut paut jugak  dengan nuclear & bahan2 radioactive nih. 
 maka. dalam buletin TV3 malam tadi, keluar lagi cerita pasal lynas ni, wartawannya karam singh walia, siap bawa alat penyukat kadar "radiasi" lagi.

dan keluarlah pendapat dari ramai orang, ahli ilmuan dengan hujahnya, rakyat dengan hujahnya, semua tak mau terlepas dari memberi pandangan masing-masing.
ada yang kata "kadar radiasi kat kilang "lynas" tu nanti, bersamaan dengan sekali wat ujian x-ray dalam masa setahun".

dan yang paling penting korang semua, projek tu tetap berjalan.

kita tunggu dan lihat lah yer mcm mana nanti..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...