Saturday, July 13, 2013

pesanan kepada perempuan akhir zaman

Seingat aku, pada akhir zaman telah dinyatakan bahawa perempuan berpakaian seperti telanjang, tidak ubah seperti unta di padang pasir lenggokannya.


ternyata pernyataan itu adalah benar belaka, perempuan dimuka bumi ini terlalu ramai jika dibandingkan dengan lelaki,

mendidik perempuan ni tak semudah mendidik lelaki, dengan macam-macam hal, luaran nampak lain, dalaman lain, sukar untuk dibaca, itu bab lain, sekarang bersempena dengan bulan yang berkat, iaitu bulan Ramadhan, eloklah perempuan-perempuan diluar sana sendiri mau ingat, jaga tatasusila berpakaian.

jika ada orang menegur berpakaian terdedah disana sini, esoknya pula berpakaian menutup apa yang terdedah sebelum ini, tetapi tetap masih ada yang tidak kena, contohnya, pakai tudung dah elok, baju pula ketat, seluar legging macam telanjang pula.

 Dan jika pakai baju labuh,pakai tudung seluar pula tak kena. Pakai seluar ketat, jika duduk nampaklah segala bentuk badan, sekarang makin teruk nampaknya, wanita-wanita seusia pencen pun dah mula memakai seluar legging, apa yang mereka nak sebenarnya?

Tahukah wanita-wanita diluar sana bahawa golongan-golongan perempuan lebih ramai masuk neraka?
Itu baru pasal berpakaian, belum lagi masuk topik-topik yang lain, jika wanita yang sudah berkahwin pula, mereka kena sendiri-sendiri faham lah bahawa segala perbuatan mereka akan diletakkan semuanya atas Bahu suami

Dan janganlah pula ambil kesempatan itu untuk bersikap sambil lewa. janganlah pula senang-senang melakukan dosa,dosa dan pahala ni senang untuk kita dapat, dan dosa pun senang untuk kita dapat jika kita lalai.

Ramadan yang kita sedang lalui ini ambillah kesempatan untuk kita memohon keampunan dariNya,
 dan memohon memaafan pula tidak perlulah setahun sekali.


dan akhir sekali, berapa ramaikah perempuan diluar sane yang membaca artikel ini?

sekian,
pesanan ikhlas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...