Sunday, July 14, 2013

esok hari raya

budak-budak memang suka raya nih, al maklumlah boleh isi poket baju melayu duit, jelajah dari rumah ke rumah.

sangat seronok kan? dulu masa kecik-kecik selalu buat macam tu, tapi tidaklah sampai semua rumah kat kampung pergi.

kita dalam setahun ada dua hari raya, 1.raya aidilfitri 2.raya aidiladha, tapi yang paling meriahnya tentulah hari raya aidilfitri.......


ini sebabnya ada bulan yang special iaitu ramadan, bulan yang semua orang tunggu-tunggukan.

ada yang bersedih bila hujung-hujung ramadan, bukan sedih sebab nak berhari raya, tapi sedih sebab ramadan bakal meninggalkan kita semua, belum tentu lagi akan datang ramadan menemui kita semua.

peluang yang datang setahun sekali ni gunakanlah dengan sebaik-baiknya, ada yang membaca al-quran sampai khatam, ada yang bersedekah, ada yang ambil peluang untuk beribadat dengan sebanyak-banyaknya.

bagi yang tidak berkesempatan atau tidak dapat fokuskan untuk sebulan penuh bertarawih di masjid, mungkin kerana tugas kepada negara, masyarakat, dan lain-lain lagi, jangan bersedih, kerana tugas kita semua adalah juga penting dan murni.

semoga ramadan kali ini akan membawa rahmat kepada umat islam seluruh dunia..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...