Showing posts with label jalan raya. Show all posts
Showing posts with label jalan raya. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

trafik jam

memang betul-betul menyusahkan betul bende nih, bukan aku je yang mengalaminya, tapi semua pengguna jalan raya kot, kecuali lah pak pak menteri, datuk-datuk dan sultan-sultan yang "dicover" oleh polis.

bila mereka lalu jer, abis semua orang ketepi, bende-bende macam ni, memang membuatkan orang ramai menyampah dengan kerajaan malaysia, dengan jabatan kerja raya, entah bagaimana diaorang planning buat jalan, trafik light berlambak-lambak, jalan sempit, kereta semakin banyak, pengankutan awam tak konsisten.

agak-agak korang, apa yang kementerian kerja raya pikirkan tentang jalan-jalan raya di malaysia untuk jangka masa 1o tahun akan datang?



kadar kos makin naik, tol pulak, kalau disana dikurangkan, disini pulak yang dinaikkan, macam mana tu?

geram jugak aku bila hari-hari berada dalam situasi jalan yang macam nie, dengan jalan yang sama, laluan yang sama.

bijak pandai, tolong komen kan ape yang patut di ruangan di bawah nie...boleh?
kot-kot boleh berdiskusi seminit dua bersama zwan.....

dan serangkap pantun untuk entri kali nie...

"buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
jika salah tolong tunjukkan"






Wednesday, September 7, 2011

statistik yang sangat mengejutkan

kadar harian
hari-hari macam ni boleh merunsingkan kepala juga walaupun hanya sekadar pemerhati.

bayangkan....hari2 macam nie....dan yang paling latest statistik menunjukkan bilangan kemalangan MAUT yang memcecah 289orang pada hari terakhir ops sikap yang ke 24.

jalan raya tak salah tau, yang salah adalah pemandu sendiri.

korang tahu-tahu lah kan macam mana sikap rakyat malaysia bila berada di atas jalan raya, yang jalan kaki, motor bike, pemandu masing dengan hal sendiri, papan tanda di bahu-bahu jalan raya langsung tidak di endahkan.

sebagai pengguna jalan raya, cuba korang tepuk dada dan tanya diri masing-masing macam mana perangai korang bila berada di atas jalan raya, adakah berhemah? kelam kabut? penting diri sendiri? tunjuk lagak? dan sebagainya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...