Thursday, November 24, 2016

Kenapa rakyat majoriti Buddha SANGAT-SANGAT membenci minoriti Islam di Myammar?

Pada tahun 2009, konsulat Burma di HONG KONG telah menghantar satu surat kepada akhbar tempatan dan rakan-rakan diplomat dalam wilayah China. Ia mengenai kaedah menangani pelarian Rohingya serta kebimbangan terhadap pelarian tersebut, Ia satu minoriti Bengali muslim yang begitu lama sudah terpinggir di dalam negara Myammar dimana insiden bot karam yang didalamnya terdapat ramai yang kelaparan, sejak daripada itu telah mendapat liputan yang meluas dari segenap rantau ini.

Ye Myint Aung, Duta Myammar dari Hong Kong mengharapkan agar masyarakat dunia daripada bersimpati terhadap minoriti muslim tersebut, cara untuk membuatkan masyarakat dunia rasa tidak bersimpati adalah dengan mendedahkan bahawa kaum tersebut adalah hodoh,tidak berkongsi kelembutan dan keadilan dengan kumpulan etnik Burma yang lain.


Oleh yang demikian, General Konsulat Burma telah membuat kesimpulan bahawa Rohingya adalah bukan didalam kalangan orang Myammar ataupun kumpulan etnik yang lain.

Setengah abad lebih telah berlalu.....keadaan di Burma telah menjadi lebih baik,negara lebih terbuka,Junta tentera yang dahulunya dikatakan kuku besi telah mengamalkan diplomatik,walaupun demokrasi banyak lagi disekat, Nobelis Aung San Suu Kyi telah dibebaskan daripada tahanan rumah dan kini merupakan pemimpin utama pembangkang.

Tetapi...keadaaan kesengsaraan masyarakat Rohingya terus dilupakan,rakyat tanpa kerakyatan semakin ramai, PPB yang agak berpengaruh pula merasakan bahawa mereka "adalah salah satu bangsa yang paling tertindas di dunia". untuk fakta, terdapat 1.3 juta Rohingya. Majoriti daripada mereka tinggal di negeri Rakhine Myammar,di sempadan barat Bangladesh dan India.
dan mereka sentiasa berjuang untuk akses perkhidmatan asas kerajaan. Dipetik daripada laporan dunia, kira-kira 140,000 Rohingya bertambah dan tinggal dalam keadaan yang serba daif ditambah pula dengan persengketaan kaum dan agama pada tahun 2013 menyebabkan mereka sentiasa ditindas.

Manakala PPB pula telah menggesa agar diberi kerakyatan penuh kepada Rohingya,tetapi ianya disambut dengan permusuhan serta memujuk kerajaan membatalkan program tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...