Disaat kerajaan bertindak dan berfikir atas dasar
semata-mata ingin Negara sahaja berpendapatan tinggi, tanpa menghiraukan “income”
yang diperolehi oleh kebannyakan rakyat Malaysia, kalau ikutkan berapa ramai
sahaja yang menjadi tauke-tauke kedai….berapa nisbah dengan yang makan gaji
berbanding tauke-tauke.
Ok…mari ikut pecahannya…ini adalah perkiraan untuk 1 @ 2
senario bergantung kepada tahap income seisi rumah masing-masing,
Matematik mudah je ni..
RM2500? Kerajaan kata cukup dah untuk menampung perbelanjaan
sebulan….
SENARIO 1: HIDUP DI
BANDARAYA dan isteri tidak bekerja:
Satu….apabila kita dapat RM2500, apa yang kita akan buat
dahulu? Joli? Bei gadget? Belanja kawan-kawan? Saham akhirat? Dan segala macam
lagilah!
Dengan RM2500, pada aku, akan buat beberapa perkara yang
penting dahulu sebelum berbelanja makan dan minum.
RM2500:
1.tolak
ansuran kereta (katakan pakai proton) dalam anggaran RM600 bakinya tinggal
RM1900.
2.bayar bill
entertainment (astro+internet+phone) yang masing-masing RM42.30 (pakej
murah),RM132.05,RM130.00 dan bakinya tinggal lagi RM1595.65.
3.Hantar kat
orang tua,adakalanya RM300,,,,jadi bakinya tinggal lagi RM1295.65.
4.spend
untuk petrol RM250 so….tinggal lagi RM1045.65
5.Tak lupa…jika
ada anak kecil….jangan abaikan susu anak….try tolak untuk 4 kotak terus
RM260.40 baki bersih RM785.25.
6.Isteri berkeinginan
hendak makan di luar pula….so…spend RM250 untuk makan2…dinner…dan singgah pula
ke pasaraya anak hendak mainan…kuarkan plak RM100 tinggallah baki RM435.25…
Jadi….baru
beberapa hari dapat gaji….baki bersih dah tinggal sebanyak itu….ada lagi 30hari
untuk gaji seterusnya…anda sepatutnya makan je makanan dari rumah jika
berasakan tidak boleh berdisiplin untuk makan di luar yang memaksa anda untuk
berbelanja sebanyak RM14.50/hari sehinggalah gaji seterusnya.