Salam sejahtera kepada anda semua, ingatkah lagi tentang
artikel pertama yang saya tulis berkenaan tulang belakang?
Sebenarnya ramai yang ingin mengetahuinya tentang tulang
belakang ni,ia bukan sahaja lambing kecantikan bentuk badan kepada kita semua,
ia adalah tunjang kepada nadi kehidupan kita, tanpa tulang belakang, tak
mungkin kita boleh bergerak kesana kemari.
Ok,tulang belakang terdiri kepada beberapa bahagian yang
setiap bahagian tersebut merangkumi saraf kepada anggota-anggota tubuh badan
kita termasuk ke OTAK.
Biasanya kalau kita sakit kaki,mesti dah risau dan segera
sapu ubat kat kaki,hari-hari kat kaki..sakit tk hilang-hilang..bagaimana tu?
Untuk menyelesaikannya, jika sakit kaki,,sapu ubat juga tak
berkesan,eloklah kita check tulang belakang kita,kemungkinan saraf yang
terdapat pada tulang belakang ke bahagian kaki mengalami kecederaan, duduk
terlalu lama atau lain-lain perkara.
Ada juga yang sakit pinggang,tapi mengendahkannya, dan selalu
dimomokkan dengan “malam jumaat”. Hehe..bukan sebab itu sahaja tauu!!..
Sakit pinggang juga berkait rapat dengan masalah kesihatan
tulang belakang.
Oklah, rasanya kat sini dahulu sedikit penerangan saya
tentang tulang belakang, kalau ada apa2 penambahan, bolehlah kongsikan dengan
saya.
Semoga kita semua beroleh manfaat dan kesihatan yang baik
demi masa depan keluarga dan orang yang tersayang.