Thursday, January 21, 2010

kajian Hadis Rasulullah S.A.W tentang kiamat-tanda hampirnya kiamat

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat-Tanda Hampirnya Kiamat I



Posted by Free Our Mind Monday, December 7, 2009 at 11:39 PM




Kiamat itu pasti! Semakin hari semakin dekat ia menghambat kita. Ya,
tiada sesiapa yang tahu dengan tepat bila akan tibanya kiamat kecuali
Allah s.w.t yang menciptakan langit dan bumi ini. 2012? Itu hanyalah
propaganda Yahudi dan Nasrani yang mahu menyesatkan umat Islam dengan
kiamat akan berlaku pada 2012. Mungkin akan terjadi sesuatu pada 2012,
tetapi ia bukan kiamat. Jika mengikut Sun Cycle, yang akan berlaku
setiap 11 tahun, kita akan mendapati turutan tahun-tahun yang penting
kepada dunia. Pertamanya, pada 9/11/1990 (Sun Cycle). Pada tarikh ini,
kita telah menyaksikan Presiden US ketika itu iaitu George H.W Bush
telah mengumumkan tentang pelan New World Order (NWO) . Dalam ucapannya,
dia telah berkata:




... We stand today at a unique and extraordinary moment. The crisis
in the Persian Gulf, as grave as it is, also offers a rare
opportunity to move toward an historic period of cooperation. _Out
of these troubled times, our fifth objective -- __a new world
order_*_ _*_-- can emerge:_*_ _*_ _a new era -- freer from the
threat of terror, stronger in the pursuit of justice, and more
secure in the quest for peace. ...


Sumber Ucapan, George Bush Presidential Library And Museum. Klik Sini!



Genap 11 tahun selepas itu, iaitu pada Sun Cycle seterusnya (9/11/2001).
2 kapal terbang telah melanggar World Trade Center (WTC) dan seterusnya
telah mengorbankan ribuan nyawa manusia. Anda boleh membaca artikel
lanjut tentang kaitan Sun Cycle, kenapa perlu WTC dan kaitannya dengan
NWO di post saya sebelum ini. Adakah persamaan tarikh 9/11 ini sudah
dirancang? Atau ianya sekadar kebetulan yang menakjubkan? Anda tentukan!
Untuk membaca tentang artikel tentang Konspirasi WTC, Klik Sini!


1990+11=2001

2001+11=2012

2012?

Kebetulan atau segalanya sudah dirancang?

Kita tinggalkan tentang 2012 yang akan tiba lagi lebih kurang 2 tahun
dari sekarang. Bukan ramalan, hanyalah teori berdasarkan
kejadian-kejadian sebelum ini dan pelan-pelan mereka. Mengikut Leo
Zagami, pada 2012 Illuminati/Freemason akan melakukan pembunuhan besaran
ke atas umat Islam seluruh dunia dan permulaannya pada awal 2010. Dan
Obama telah menghantar pasukan tambahan seramai 30, 000 ke Afghanistan
baru-baru ini. Mari kita meneliti tentang ayat-ayat Al-Quran tentang
hari Kiamat.


"Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah
(membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang
syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: `Kami tidak mengetahui apa
dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai
sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."
Al-Jaathiah 32


(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari
kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari
kiamat itu, api yang menjulang-julang.
Al-Furqaan 11


Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada
sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan
(menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
Al-Hajj 7



Jelas kepada kita Hari Kiamat itu pasti akan datang. Jadi persoalannya
bilakah kiamat akan berlaku? Rasullulah s.w.t telah memberi amaran
kepada kita tentang kiamat dengan tanda besar dan tanda kecil kiamat.
Dan seterusnya terserah kepada kita untuk mengkaji dan meneliti
tanda-tandanya ataupun mahu terus berada di dalam khayalan dunia yang
fana ini.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku diutus adalah bersamaan dengan kiamat seperti dua jariku ini', dan
Beliau mengisyaratkan dengan dikembarkan jari telunjuk dan jari tengahnya."

"Aku diutus bersamaan dengan kiamat, dan sungguh ia hampir saja
mendahuluiku."

"Masa dunia yang masih baki untuk umatku hanyalah seperti waktu yang
baki pada suatu hari apabila solat Asar telah dilaksanakan (antara Asar
dengan Maghrib)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar dari Mughirah bin Hakim)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
"Telah berkata Ad-Dhahhaq bahawa tanda kiamat yang pertama adalah
diutusnya Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi hikmah dari kemunculannya
tanda kiamat pada masa awal adalah untuk memperingatkan orang yang lalai
dan mendorong mereka untuk bertaubat dan bersiap sedia (menghadapi kiamat)."
(Rujuk Fathul Baari, kitab Ar-Raqqaq, juz ke-2).



Allah telah berfirman dalam Surah Al-Qamar, ayat 1.
"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan."

Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini? Masih ingatkah anda dengan
mukjizat Nabi Muhammad yang menunjukkan mukjizatnya kepada sebahagian
penduduk Mekah tanda kebenaran kerasulannya? Rasulluah s.a.w.
mengarahkan jarinya ke bulan dan berdoa, kemudian terbelahlah bulan
menjadi dua bahagian sehingga mereka melihat gunung Hira' antara kedua
belahan tersebut, maka Rasulullah s.a.w. berkata kepada mereka:
"Bersaksilah kamu (akan kebenaran kerasulanku)."




Sedarlah wahai Umat Islam, kita berada di pengakhiran. Kebanyakan
tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku, kita hanya menhitung tanda besar
muncul satu persatu. Tetapi ramai antara kita yang masih menafikannya
walaupun setelah ditunjukkan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Kenapa
ini terjadi? Jawapannya mudah sekali, minda mereka masih terpenjara.

Untuk artikel 10 Tanda Besar Kiamat anda boleh Klik Sini!
Untuk
membacanya. Apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah tanda-tanda kecil
yang sudah berlaku di sekeliling kita. Tujuan saya menulis artikel ini
bukanlah untuk menakutkan anda, tetapi untuk mengajak anda semua
berfikir secara lebih mendalam tentang perkara ini dan pada masa yang
sama membuat persiapan menghadapi hari-hari mendatang. Permulaan kepada
pengakhiran sudah bermula!


Tanda-tanda Dekatnya Kiamat.
1. Kewafatan Rasullulah
2. Penaklukan Baitul Maqdis
3. Wabak Penyakit

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu
kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya
kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti
penyakit Qu'as yang menimpa kambing."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Sohehnya dari Anas bin Malik pada
"Kitabul Jizyah wa al-Muwa'idah", juz 6, dan juga diriwayatkan oleh
Ahmad dan At-Tabrani dari Mu'az bin Jabal.).



Berdasarkan hadis Rasullulah di atas, semuanya sudah terjadi pada zaman
sekarang. Kewafatan Rasullulah, penaklukan Baitul Maqdis dan wabak
penyakit seperti penyakit Qu'as. Penaklukan Baitul Maqdis telah
diperintah dan ditakluk oleh Islam dan Kristian selepas kewafatan
Rasullulah dan akhirnya ditakluk dan ditawan oleh Zionis sehinggalah
sekarang dan mereka sedang melakukan pelan mereka untuk merobohkan
Al-Aqsa untuk membina Temple Solomon. Wabak penyakit yang dimaksudkan
itu adalah selesema burung dan khinzir yang berlaku sejak kebelakangan
ini dan tidak pernah berlaku pada zaman Rasullulah.



4. Zina Bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang."
Sahih Muslim



Jika kita lihat situasi zaman sekarang, seks sebelum berkahwin seakan
menjadi satu kelaziman dan ia berleluasa di sana-sini. Betapa banyaknya
video-video klip rakaman sendiri yang tersebar di internet bak cendawan
tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari ada berita di dada akhbar, bayi
dibuang. Bertudung, tidak bertudung semuanya seakan tidak terlepas dari
kenyataan perit ini.


5. Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -
Ibnu Majah



Sudah terang lagi bersuluh. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang perkara
ini kerana saya percaya anda semua sudah cukup biasa. Penyanyi wanita
dan alat musik menjadi kebiasaan yang amat sangat.


6. Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
Riwayat Nasai



Tanda ini juga telah terjadi pada zaman sekarang. Masjid dibina bukan
bertujuan untuk mendirikan solat kepada Allah tetapi lebih kepada
kemegahan dan kebanggaan!


7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
Riwayat Thabrani



Tanda ini juga telah lama terjadi. Mustafa kamal Ataturk antaranya yang
telah menjatuhkan Khilafah Turki. Pada zaman sekarang pon hal ini
terjadi. Tidak perlu diulas panjang kerana anda semua sudah tahu akan
perkara ini.


8. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."

Adakah hadis ini sesuai menggambarkan keadaan wanita zaman sekarang? Oh,
sudah semestinya! Lihat sahaja cara wanita zaman sekarang berpakaian.
Anda sedia maklum.

9. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dan sungai-sungai."
Sahih Muslim



Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui tanda ini juga telah berlaku
di Arab Saudi. Pernahkah anda mendengar Tabuk di Arab Saudi? Di
tengah-tengah gurun telah dibina padang rumput yang hijau. Dan Tabuk ini
turut mengeksport bunga-bunga yang ditanam di padang itu ke Mesir.
Kawasan gurun menjadi subur dengan padang rumput dan sistem perairan
(sungai).


10. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)."
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Juga telah lama terjadi di dunia ini. Manusia terlalu leka mengejar
kemewahan dunia yang melekakan kita dengan tujuan utama kita hidup di
dunia ini. Harta bendalah yang paling penting untuk dikejar, sehingga
kita lupa diri.



Ini hanyalah sebahagian dari tanda-tanda kecil kiamat yang telah lama
berlaku dan sedang berlaku. Banyak lagi tanda-tanda lain yang akan saya
kongsikan. Percayalah, masa kian menghimpit kita ke pengakhiran tanpa
kita sedari.
--

1 comments:

athirah mustapa said...

antara kiamat 2 hampir atau tidak kita perlu sentiase ingt n jagn lalai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...