Monday, July 21, 2014

MH17: FALSE FLAG ATAU SATU PERANCANGAN

beberapa bulan dahuhu, negara dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang lenyap begitu sahaja tanpa ada tanda-tanda dijumpai.

Friday, July 18, 2014

MH17

what happen about aircraft system?

Wednesday, July 2, 2014

nostalgia ramadhan

Nostalgia Ramadhan,

cuba kita #throwback sejenak.....kembali ke zaman kanak-kanak remaja, sesunguhnya pada masa itu kita tak perlu nak fikir apa-apa, pergi jalan-jalan, mandi sungai,balik petang-petang,kadang-kadang lambat sikit mak marah dan apa lagi? kene rotan lah sedas?

sekarang ada lagi tak macam tu? balik lambat? kene rotan.....kalau ada pun mungkin dah kurang, lagi pun sekarang ni nak keluar pun bahaya, banyak kes-kes penculikan, dan yang terbaru, jenis modus operandi bawa van dan berlegar-legar dihadapan sekolah menunggu pelajar sekolah yang pulang, jika dahulu mereka menunggu depan rumah jer, tapi cara itu mungkin tidak mendatangkan hasil sangat.

ada juga yang menyamar sebagai pelajar sekolah, ini sudah tentu mengaburi cikgu-cikgu yang berada daam sekolah tersebut, bayangkan, bila menyamar sebagai pelajar sekolah, masuk dalam sekolah - berpura-pura - dan buat-buat berkenalan dengan salah seorang pelajar perempuan khususnya - bila tamat waktu persekolahan - mengajak pelajar tersebut pulang sama-sama, pada masa itulah senang untuk di ngap!!..

jadi untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan yang lain, berhati-hati lah selalu, jenayah ada dimana-mana, dulu lain kita bebas untuk kemana sahaja,

berbalik kepada nostalgia ramadhan, zaman kanak-kanak sememangnya kreatif kan?


salah satu perkara yang menyeronokkan pada masa itu adalah mainan kegemaran ini.....korang mesti pernah main?

kumbang                                 
yang itu, korang pernah buat? tangkap kumbang dan ikat benang di leher nya buat main macam layang-layang?


belalang hijau

 yang ini pula belalang hijau,tangkap dan letak dalam botol, tenunglah sampai berbuka nanti... :)






belalang cengkerik
dan yang ini selalu tangkap, sebab bunyi nya lunak, boleh buat pertandingan dengan kawan-kawan, yang ni selalu tangkap selepas solat terawikh.



korang pula bagaimana? ada tak cerita-cerita yang boleh membangkitkan nostalgia ketika menyambut ramadhan?

Tuesday, July 1, 2014

MH370

Perdana menteri kata "MH370 berakhir di lautan hindi".


tapi,sebuah pengakhiran sebegitu tidak terlalu kukuh untuk menutup segala cerita, pelbagai cerita yang wujud sehingga kini cerita yang menyatakan bahawa H370 mungkin di cat dengan logo lain dan diletakkan dikawasan tertentu.

kadang-kadang banyak juga spekulasi dan teori logik jika difikirkan bersama,tetapi ianya tetap dibangkang oleh kerajaan pemerintah, seolah-olah ingin menutup kebenaran cerita tersebut.

dari masa ke semasa teruslah berlalu sehingga sekarang hari ketiga kita berpuasa dibulan ramadhan, mungkin ada berita baik pada aidilfitri nanti.

kalau kita berada dalam tempat keluarga mangsa-mangsa tersebut, mungkin kita akan turut bersedih, manakan tidak, ada sesetengah pihak mendakwa kesemua mangsa-mangsa telah dibayar untuk mencipta satu kontroversi.

aidilfitri bakal menjelang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...