Sunday, February 16, 2014

Pelajaran untuk hari ini

1.jangan sesekali pinjam duit dengan isteri.

Friday, February 14, 2014

sayangilah ibu bapa anda selagi ada



selalunya perkara ini banyak dalam drama tv, tapi perkara ini betul-betul terjadi kepada kawan aku yang terpaksa berulang alik untuk menghantar emaknya ke hospital...kejap!!..ini bukan cerita untuk mengungkit kebaikan anaknya kerana menghantar emaknya, dan sememangnya menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kedua ibu bapa sehingga ke akhirnya.


Kawan aku ini anak sulong,dan telah berkahwin anak seorang, dan ditakdirkan ibunya jatuh sakit dan perlu menghantar emaknya untuk rawatan susulan ke hospital yang jaraknya lebih kurang 200km dari tempat kerja,tapi sudah menjadi kewajipan anak terhadap ibunya. walaupun jauh, kawan aku ini tidak kisah, asalkan dia dapat menghantar emaknya ke hospital untuk menjalankan rawatan tersebut.

Dan dari sisi sebelah pula, insan yang sedarah sedaging kawan aku ini iaitu adiknya, juga telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, jarak dari rumahnya ke hospital adalah lebih kurang 40km sahaja, emaknya ada menyatakan kepada kawan aku ini, "biarlah pula si adik yang menghantar emak ke hospital, sebab kamu dah selalu hantar emak", tapi yang aku terkejutnya, si isteri adik kawan aku ini sanggup menghantar sms memaki kawan aku ini kerana dia menyuruh adiknya hantar emaknya ke hospital.

Dan jawapan si adik kawan aku kepada emaknya adalah, "sibuklah mak, susah nak dapat cuti".

so, kesimpulan dari cerita ini, korang dapat simpulkan sendiri. cuma aku nak bagitau, sayangilah ibu bapa anda selagi kedua-duanya masih korang dapat menatapi wajahnya, kelak kamu sendiri akan menyesal akan perbuatan diri sendiri, isteri boleh dicari, tapi kedia ibu bapa tiada galang ganti.





Wednesday, February 5, 2014

anniversary yang ke - 3

genap 05.02.2014 pada coretan ini ditulis, adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke - 3 bersama si dia.

1.coretan ini aku tulis adalah tidak lain hanya untuk memonumenkan memori masam manis di sini, jika aku tulis setiap tahun disini alangkah bagus juga ye?.

2.sememangnya setiap perkahwinan adalah perkara paling mengembirakan setiap pasangan, masing-masing ingin mengecapi kebahagian yang indah dan kekal abadi, apapun yang pasti, setiap perkahwinan yang dihadapi ada cerita yang tersendiri, tidak kurang juga dengan happy ending atau sebaliknya, semuanya terletak pada pasangan masing-masing yang mencorakkannya.

3.kita sebagai makhluk yang lemah ini tidak berupaya melawan takdir Allah s.w..tm kita hanya merancangnya sahaja, dan syaitan pula sebolehnya mencari jalan untuk memecahkan keharmonian rumahtangga, dan yang paling penting kita perlulah sabar dalam menempuhi liku-liku hidup yang mencabar pada masa kini.

4.no cake, no dinner, no face to face, terutamanya genap pada tarikh ulangtahun ini, apa boleh buat, jarak yang memisahkan disebabkan cari rezeki berjauhan, berlainan negeri, tapi jiwa tetap satu, jarak jauh ini sememangnya menguji jiwa dan mental kita sebagai insan yang lemah, tapi tak apa, hari masih ada, boleh juga menyambut "belated day", cuma tarikh tersebut terkehadapan sedikit dari tarikh sebenar.

loving you





5.Perhubungan jarak jauh juga memaksa kita lari daripada norma biasa yang ditempuhi setiap hari oleh pasangan yang lain (tinggal sebumbung) dimana banyak perkara boleh dilakukan bersama-sama, berbanding dengan "PJJ" yang perlu meningkatkan daya ketahanan mental dan emosi yang tinggi bagi berhadapan dengan suasana persekitaran.

6.Ulangtahun perkahwinan ini perlulah kita menyambut dengan cara yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

teringat aku kepada satu pepatah lama inggeris iaitu "jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit" - william shakespeare -

Tuesday, February 4, 2014

pengaruh music k.pop kepada islam~~

1.dalam kita tidak sedar, kemasukan budaya k.pop yang rancak kedalam industri seni malaysia sedikit sebanyak menimbulkan kesan negatif jangka masa panjang kepada anak muda bangsa kita khususnya.

2.dalam kita tidak menjangka, kesannya kepada pengaruh ini adalah terhadap anak-anak kita sendiri yang meniru tingkah laku artis tersebut.

3.perkara tersebut menjerumus kepada perangai anak-anak masa kini dan juga cara berpakaian serta terkinja-kinja menari tidak tahu hujung pangkal.

4.kesan daripada budaya tersebut juga akan mempengaruhi cara pergaulan anak-anak apabila besar kelak.

5.sebagai ibu bapa pada zaman Ini perlulah mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman sekarang dan perlu memantau setiap pergerakan anak-anak dan bukan macam zaman dahulu.

mana letaknya islam?

nama sahaja islam...tetapi suka memotong kanan kiri biarpun jalan sempit....bunyi nya macam kelakar bukan?

tapi itulah hakikatnya, islam menuntut kesabaran....bukan hanya pada sticker, bukan hanya pada bilangan anda pergi mendengar ceramah agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...